SKMM Mengarahkan Untuk Syarikat Telekomunikasi Halang Penghantaran Pautan URL Pada SMS

TechnologyDigital
1 Apr 2023 • 7:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kini telah mengeluarkan arahan kepada semua syarikat telekomunikasi, dalam menghalang penyertaan pautan URL dalam penghantaran SMS.

Langkah ini adalah dalam mengatasi sejumlah penipuan atas-talian, yang sering menghantar SMS kepada pengguna, sekaligus membawa kepada pengguna tertipu dengan menekan pautan padanya.

Pelaksanaan arahan ini akan dilakukan secara berperingkat, secepat mungkin.

Sebelum ini, ramai pengguna tertipu dengan penghantaran pautan melalui SMS, menyerupai penyedia perkhidmatan perbankan atau dompet digital – membuatkan pengguna menekan pada pautan tersebut, dan seterusnya mengalami penipuan serta kehilangan wang pada akaun. Sejak daripada itu, beberapa penyedia perkhidmatan dompet digital telah menyatakan tidak akan menghantar sebarang pautan URL bersama SMS daripada mereka.

Lanjutan daripadanya, dengan langkah baharu SKMM ini, sama-sama kita berharap penipuan dan scam dapat berkurangan secara mendadak selepas ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved