SKMM Nasihat Orang Ramai Tak Kongsi Video & Gambar Zaharif Sewaktu Tragedi

18 Dec 2023 • 9:45 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati orang ramai supaya tidak lagi berkongsi sebarang video & gambar kejadian yang berlaku terhadap calon Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) Muhammad Zaharif f Affendi.

Hormati ahli keluarga allahyarham

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, tindakan tersebut dibuat demi menghormati ahli keluarga mangsa yang masih berduka dengan kejadian tersebut.

“Perkongsian gambar atau rakaman video mangsa tidak hanya melukakan perasaan keluarga mangsa, tetapi juga melanggar prinsip dan etika asas.

“Setiap individu harus membuat pertimbangan sewajarnya untuk tidak menyebarkan gambar atau kandungan berkaitan tragedi berkenaan,” maklum SKMM.

Turun atau padam gambar & video Zaharif ketika tragedi

Dalam pada itu, pihak SKMM juga berharap agar mana-mana pihak yang telah berkongsi atau memuat naik gambar dan video sewaktu kejadian untuk menurunkan atau memadam hantaran terbabit.

image is not available

Tak hanya itu, orang ramai juga dinasihati tidak membuat sebarang spekulasi diatas kejadian terbabit memandangkan siasatan pihak berkuasa masih lagi berjalan.

Difahamkan, sebarang perkongsian yang melibatkan gambar atau video tragedi berkenaan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sumber: Instagram skmm_mcmc