SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 2026

LocalFootball
16 Jun 2026 • 1:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan mengambil tindakan terhadap sebarang aduan berkaitan kandungan berunsur perjudian dalam talian menjelang kempen Piala Dunia 2026 yang bermula Khamis ini.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, orang ramai digalakkan membuat aduan kepada MCMC sekiranya menemui pautan atau kandungan yang mempromosikan aktiviti judi dalam talian.

Advertisement
View this post on Instagram

“Seperti kita ketahui, judi dalam talian tidak dibenarkan dalam negara kita. Jadi sekiranya pihak MCMC menerima aduan tindakan boleh diambil.”

“Kepada orang awam sekiranya anda melihat pautan atau kandungan yang bersifat judi dalam talian, sila panjangkan aduan kepada pihak MCMC untuk diambil tindakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Meja Pelaporan Media Selamat dan Sesi Latihan Interaktif: Pelaporan Media Selamat dan Bertanggungjawab Mengenai Tingkah Laku Bunuh Diri, hari ini.

Menurut Fahmi, tindakan sama juga boleh dikenakan terhadap portal perjudian dalam talian yang didapati melanggar undang-undang.

View this post on Instagram

Image from: SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 2026Image from: SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 2026

Sebelum ini, laporan media mendedahkan sindiket pertaruhan antarabangsa dan bookie tempatan menggunakan tawaran hadiah wang tunai bernilai jutaan ringgit bagi menarik penyertaan kaki judi sepanjang Piala Dunia 2026.

Aktiviti pertaruhan kini didakwa semakin banyak dijalankan secara digital melalui ejen bookie dan laman web yang berpangkalan di luar negara, berbanding kaedah konvensional yang digunakan sebelum ini.

Perkembangan itu menyebabkan agensi penguat kuasa dalam dan luar negara memberi perhatian terhadap peningkatan aktiviti perjudian bola sepak haram yang semakin bergantung kepada platform digital, rangkaian kewangan rentas sempadan serta penggunaan identiti palsu bagi mengelak dikesan pihak berkuasa. – BERITA HARIAN

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Image from: SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 20262026-06-15 14:42:17

Warga Rohingya Dakwa Pemilik Tanah Sendiri Tawar Sewa Flat Haram Di Hulu Langat

The post SKMM Proaktif, Ambil Tindakan Terhadap Kandungan Judi Dalam Talian Sempena Piala Dunia 2026 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.