
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil kini berkongsi mengatakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang pertimbang untuk menyaman platform sosial X, kerana gagal patuhi undang-undang keselamatan negara.
Sebelum ini, melalui integrasi Grok pada X, ia membuatkan sesiapa sahaja boleh menjana dan memanipulasi gambar yang dimuat-naik. Perkara ini sekaligus membawa kepada sejumlah pihak tidak bertanggungjawab melakukan manipulasi dan berkongsi gambar lucah dan berbahaya melalui platform tersebut.
Menteri Komunikasi mengatakan pihak SKMM akan mengeluarkan kenyataan terperinci berkaitan hal ini dalam masa terdekat. Sebelum ini, SKMM juga turut telah mengarahkan sekatan sementara kepada perkhidmatan Grok di Malaysia.
TERKINI
MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara – Datuk Fahmi Fadzil pic.twitter.com/lhT6QIypdp

