SKMM sita kad sim, telefon bimbit pengendali akaun X MyNewsHub

14 Apr 2024 • 10:21 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak menyita kad sim dan telefon bimbt milik pengendali akaun X MyNewsHub ekoran menyebarkan video lama berserta dengan kapsyen yang mengeliru netizen.

MyNewsHub terdahulu memuat naik semula video lama berhubung simulasi kesiapsiagaan anggota keselamatan yang berdepan dengan serangan provokatif. Tetapi disertakan dengan kapsyen yang tidak tepat yang disyaki cuba mencemarkan institusi perkhidmatan awam.

SKMM juga telah merakam percakapan pengendali akaun X MyNewsHub di Ibu Pejabat SKMM di Cyberjaya pada 8.40 malam, Jumaat lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. Jika sabit kesalahan boleh didenda RM50,000 maksimum atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

SKMM sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan menyerahkan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan media sosal untuk menyebarkan kandungan palsu yang boleh menggugat ketenteraman awam.

Sumber: Bernama