SKMM turunkan 1,454 kandungan 3R dalam suku 1 2024 sahaja

8 Apr 2024 • 1:27 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menurunkan 1,454 kandungan yang menyentuh isu agama, raja dan kaum (3R) dari platform media sosial antara Januari hingga Mac tahun ini.

Daripada jumlah tersebut, ucapan kebencian berkaitan agama mendahului dengan 727, diikuti isu berkaitan kaum (588) dan institusi diraja (139). Jumlah tersebut merupakan peningkatan yang ketara berbanding tahun lalu di mana jumlah keseluruhan yang diturunkan sepanjang tahun adalah 1,633.

Berdasarkan statistik kandungan berkaitan 3R paling tinggi dikesan menerusi Facebook dengan 731, diikuti aplikasi TikTok (705), X (9), YouTube (5) dan Telegram (4). Sesetengah pemilik akaun dipercayai akaun palsu atau 'tangan ghaib' yang sengaja mahu mencetuskan kemarahan dan kebencian dengan memuat naik kandungan berunsur 3R.

Isu 3R boleh didenda, dipenjara

Tidak dinafikan sejak akhir-akhir ini banyak isu-isu berkaitan 3R yang boleh kita lihat dan baca di media sosial. Namun itu tidak bermakna anda boleh sewenang-wenangnya berkongsikannya.

Ini kerana sebarang perkongsian kandungan membabitkan isu 3R yang bersifat palsu, jelik dan mengancam yang dimuat naik di media sosial merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998. Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

image is not available

Bagaimana jika anda terjumpa kandungan yang berbaur hasutan, provokasi atau menghina agama, Institusi Diraja dan perkauman di media sosial? Anda boleh membuat laporan kepada SKMM melalui:

Jika terdapat sebarang kesangsian mengenai berita yang dikongsikan di media sosial, anda boleh menyemak kesahihannya melalui portal Sebenarnya.my yang dibangunkan oleh SKMM sendiri. 

[Sumber: Bernama, MCMC]

Bacaan berkaitan: