Skor Penanda Aras Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 Dan Adreno 735 Tertiris Di GeekBench

TechnologyDigital
23 Feb 2024 • 3:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam, kami ada melaporkan bahawa butiran mengenai cip pemprosesan akan datang Qualcomm, iaitu Qualcomm Snapdragon 8s Gen 3 telah tertiris ke arena web.

Cip ini dikatakan menggunakan konfigurasi 1x Cortex-X4 3.01GHz + 4x Cortex-A720 2.61GHz + 3x Cortec-A520 1.84GHz yang dipadankan dengan GPU Adreno 735. Terkini, skor penanda-aras GeekBench untuk SoC ini telahpun tertiris ke arena web melalui peranti Realme “RMX3851”, yang dilaporkan akan menggunakan peranti ini.

image is not available

Skor teras tunggal dan multi-teras diperlihatkan, dan tampil dengan skor 1512 dan 3799, yang dilihat agak rendah apabila dibandingkan dengan ulasan peranti Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3 kami sebelum ini, iaitu ASUS ROG Phone 8 dan juga RedMagic 9 Pro.

Skor ini nampaknya mengesahkan bahawa cip pemprosesan baru yang bakal diperkenalkan oleh Qualcomm ini merupakan variasi bajet Qualcomm Snapdragon 8 Gen 3. Setakat ini ia tidak diketahui lagi bilakah Qualcomm akan memperkenalkan cip pemprosesan ini dan juga peranti-peranti yang akan dikuasakannya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved