Skrin Besar Disediakan Di MYDIN Petrajaya, Khas Untuk Perlawanan Malaysia VS Thailand

7 Jan 2023 • 8:16 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sama-sama kita meriahkan!

Skrin Besar Disediakan Di MYDIN Petrajaya, Khas Untuk Perlawanan Malaysia VS Thailand. Sempena perlawanan separuh akhir Piala AFF Mitsubishi Electric Cup 2022, pihak Kementerian Belia dan Sukan menawarkan inisiatif pantas dengan menyediakan tayangan skrin besar di 14 lokasi di seluruh negara.

Tayangan skrin besar itu bakal menayangkan perlawanan separuh akhir pertama di antara Malaysia dan Thailand secara langsung pada jam 8 malam ini (7 Januari, 2023).

image is not available
Gambar hiasan. Kredit: lifestyleasia.com

Di Sarawak, lokasi skrin besar ini bertempat di MYDIN Petrajaya, Kuching, manakala di Sabah, skrin besar ini ditempatkan di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Senarai penuh lokasi skrin besar di seluruh negara adalah seperti berikut;

image is not available
Skrin Besar Disediakan Di MYDIN Petrajaya, Khas Untuk Perlawanan Malaysia VS Thailand.

Namun, anda tidak perlu risau jika anda tidak dapat memeriahkan perlawanan ini secara langsung di stadium atau lokasi skrin besar kerana anda boleh menyaksikannya di saluran RTM. Namun, anda akan disajikan dengan siaran yang sedikit lewat daripada siaran langsung atas siaran percuma.

Untuk makluman, penyiaran percuma yang disediakan oleh RTM hanya boleh disiarkan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan.

Walau bagaimanapun, lebih afdal kiranya anda dapat bersama memeriahkan perlawanan ini bersama rakan-rakan penyokong di hadapan skrin besar kerana ‘feel’ nya akan lebih berbeza dan memuaskan.

21,000 tempat duduk ‘dihalang’ jadi perdebatan panas penyokong

Baru-baru ini, meskipun tiket perlawanan Malaysia vs Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil habis terjual, namun isu ini tetap menjadi perdebatan penyokong apabila mereka tidak berpuas hati kerana 21,000 tempat duduk tidak dapat dipenuhi bagi memberi laluan kepada kerja pemasangan pentas untuk konsert Jay Chou.

Konsert berkenaan dikatakan telah tertunda beberapa kali bagi memberi laluan kepada perlawanan Piala AFF, dan telah ditempah sejak tahun 2019 berbanding perlawanan Piala AFF yang baru ditempah oleh penganjur sekitar bulan Ogos 2022.

Meskipun terlepas peluang bersama skuad kebangsaan pada Piala AFF 2022, Dion Cools kini menjadi antara pemain harapan untuk skuad Malaysia. Baca biodata penuh beliau di sini: