
Oleh Adham Sabri
SCENE 1
Ext : kawasan tepian jeti nelayan tanjung lumpur - Day
Sebuah bot menghampiri jeti setelah pulang dari laut. Kelihatan beberapa nelayan mengangkat beberapa kotak ikan keluar dari bot
Mus bersama beberapa kawanya bersama sedang mengangkat beberapa kotak ikan tersebut ke daratan.
AZLAN
Alhamdulillah...tare ni kita dapat,syukur
PAK MUS
Alhamdulillah,Lan.... rezeki Allah tuk kite
IZZUDIN
Pok Mus...lagu mane Fatimah la ni? Bini kawan baru telefon dia dah balik duk tunggu depan rumah pok
Mus mendiamkan diri,mukanya berubah serius lalu mendiamkan diri seketika
AZLAN
Wei...Din, kau jangan duk sibuk sangat hal orang!,dah...dah jom perkemas semua ni. Pok Mus rehat dulu.
Izzudin bersalah,dia mengosok dibahu Mus sambil berkata maaf.Mus duduk seketika menghilangkan lelahnya,dia diam termenung.
CUT TO:
SCENE 2
INT: DIDALAM KENDERAAN - DAY
Fatimah keseroangan memandu pulang dengan kereta mewah berhenti dikedai makan.
EXT: KEDAI MAKAN TANJUNG LUMPUR - DAY
FATIMAH
Assalamualaikum.…
SAADIAH
Waalaikumussalam...weh,laa mu ke ni Timoh,lame jamang kirung dok balik,lawo kete mu
Cont'd
doh guane lame dok balik…
FATIMAH
Sibuk mok Sa...saya sekarang niaga kat johor dengan KL.
SAADIAH
Sibuk lagu mane pun jangang lupe orang tue tu...abah mu lening sorang je drumoh.Tengok tengok laa.
Fatimah senyum lalu memesan makanan & minuman juga bungkus untuk ayahnya.
THROWBACK IN
SCENE 3
THROWBACK : DIDALAM KERETA WAKTU MALAM MUS & ARWAH ISTERINYA BERSAMA FATIMAH JUGA SUAMINYA DALAM PERJALANAN KESUATU TEMPAT.
INT : DIDALAM KERETA - NIGHT
FATIMAH
Abah...Mah nak abah dengan ma tinggal sini sekejap je,Mah ngan Safwan nak ke singapore ada urusan.
HAMIDAH
Ma tak pe...janji abahnye ade,nanti nak bawak ma duk rumah besar,sukenyeee.
Fatimah dari tempat duduk belakang menoleh hiba melihat ibunya yang alzheimer,abahnya tersenyum melihat gelagat isterinya.
MUS
Mah...Wan,jangan lama lama sangat ye,abah tak naklah sampai berbulan bulan tinggal kat rumah besar tu.Harapkan sakit je ni...kalau tak boleh je tinggal ngan ma kat rumah.
SAFWAN
Dalam tiga minggu je bah...nanti kita datang ambik ye,kat rumah tu abah ngan ma ada orang jagakan ye bah.
THROWBACK OUT
CONTINUE SCENE 1
IZZUDIN
Pok Mus...pok!,eh pok okay dak ni?.Diam je,Dah kita semua dah siap...jom balik.
Mus tersedar,dia diam membisu menggangkat baranganya keluar dari kawasan jeti.
CUT TO BLACK.
SCENE 4
EXT : HADAPAN RUMAH AYAH FATIMAH - DAY
Fatimah baru sahaja keluar dari keretanya,melihat halaman rumahnya lama ditinggalkan.Fatimah menangis tatkala teringatkan kata kata ayahnya.
THROWBACK IN
EXT : RUANG LUAR RUMAH AYAH FATIMAH - NIGHT
Ibu & ayahnya bersama Fatimah sewaktu kanak kanak di malam raya menganyam ketupat,ayahnya pula memasang lampu kelip kelip.
HAMIDAH
(mengajar Fatimah)
Mah...buat macam ni,pusing macam ni haaa baru ikat betul.
MUS
Mah...jap Mah,tolong abah tegangkan lampu ni.
FATIMAH
Ha....bah,mesti lawa lampu ni bila siap pasang
MUS
Haa...jap eh,okay dah siap pasang,Mah tekan suis tu
Fatimah senyum riang melihat lampu lip lap.Ibunya memanggil Fatimah & seorang lagi anak sulungnya Sufiyah didapur
HAMIDAH
Mah....sini Mah
Cont'd
Yah....ooo Yah mari duk depan kejap!
Sufiyah datang dengan beberapa tepung terkena dibajunya.
SUFIYAH
Ma....ada apa ma,dah siap ketupat,Yah nak rebuskan.
Mus memanggil semula Fatimah
MUS
Mah...sini
HAMIDAH
Mah..abah panggil tu.
Fatimah pergi ke arah abah sedang membakar lemang diuar halaman rumah.
MUS
(senyum)
Tahniah...Mah ngan Yah masuk universiti.Abah belikan hadiah tuk engko orang....haa,ada dalam bilik engko orang ye.
Fatimah senyum dalam linangan airmata.
FATIMAH
Patut Mah ngan kak Yah belikan hadiah bukannya abah....in shaa Allah doakan Mah ngan kak Yah berjaya.
MUS
(senyum)
Pergi tolong ma ye…
THROWBACK OUT
CONTINUE SCENE 4
Fatimah sedar daripada lamunan,ditanganya mengenggam handpone pembelian ayahnya dulu.
Tiba tiba Fatimah menerima panggilan
INTERCUT WITH SAFWAN
FATIMAH
Hello...bang
INT : DIDALAM RUANG TAMU RUMAH MEWAH SAFWAN
SAFWAN
Hello...sayang kat mana ni?,pagi buta lagi dah keluar.…
FATIMAH
Bang...sayang balik kampung jap.
SAFWAN
Oh....baliklah,macamana geran tanah tu.Pujuk abah sayang sampai jadi...potensi untung besar tu kalau kita..
FATIMAH
(bertegas)
Dah....dah,sayang muak nak dengar lagi,apa tak cukup lagi ke harta yang ada?,memgucaplah bang...!
SAFWAN
Sorry....sayang,apa apa nanti contact abang ye.hati hati.bye.…
FATIMAH
Bye...abang pun sama.
CUT TO
SCENE 5 :
INT : DIDALAM RUANG TAMU RUMAH MEWAH SAFWAN
Safwan sedang berehat diruang tamu,sambil membelek belek sebuah fail perniagaanya.Tak lama kemudian dia menelefon seseorang sebelum memandu keluar dari rumahnya.
SAFWAN
Hello...you free tak?,i ada hal business nak bincang.Okay i on the way sekarang.
CONT SCENE 4 :
Fatimah menunggu abahnya pulang didalam keretanya.Tiba tiba abahnya pulang membawa kereta.mereka berdua saling terkesima melihat antara mereka.
Fatimah lantas menuju setelah abah membuka pintu keretanya sambil menangis bagi memohon ampun kerana meninggalkan abahnya tanpa berita
MUS
(terkejut / hiba)
Ya Allah.....Mah,engko balik Mah.Mana engko pergi tinggalkan abah sorang,Mah…
FATIMAH
(menangis)
Mah mintak maaf bah...ampunkan Mah.Mah dah buang abah..
MUS
Dah...Mah,abah tak nak ingat lagi pasal tu
CONT'D
Tak pe Mah...abah maafkan,kita masuk dulu ye.Alhamdulillah anak abah dah balik.
FATIMAH
Bah....mana Sufiyah?,dia pergi mana bah?
WAN
(hiba)
Nanti abah ceritakan...Mah
Cont'd
mana Wan...Mah?
FATIMAH
Dia susah nak balik bah....biarkanlah dia
Mereka berdua menuju masuk kerumah
CUT TO.
SCENE 6
INT : DIDALAM SEBUAH BISTRO - NIGHT
Safwan baru sahaja memulakan urusan bersama rakan niaganya berbincang soal niaga.
SAFWAN
You made it quite nice... didn't it invested well as predicted through profit.
JULIE
how's your tip...i gave you such prestigious wealth,now you're amongst of the top here.
JOSEPH
(hold over a glass to cheers)
Toast!!!...i am about to against you.hahaha,well done pal.
SAFWAN
Mind you if i expand our oaths here at this country,this is all about being rich along missionary.
JOSEPH
(whispering)
Stay low,pal...this is can't be discussed in publicity way.hmm...hmm.
Postur badan Joseph terlihat didadanya lambang bintang star of david.Bersama mereka bertiga mendekati ditengah meja lalu mengatakan
MEREKA BERTIGA
“spread the word...Kabbala”
CUT TO.
SCENE 4
EXT : LUAR HALAMAN RUMAH MUS - NIGHT
Mus baru sahaja pulang ke rumah dari masjid,duduk di kerusi halaman luar rumah.Fatimah mendengar abahnya tiba,dia hidangkan kopi kepada ayahnya.
FATIMAH
Eh...bah,dah balik solat?.Mah dah siapkan kopi.Minum ye…
Mus melihat dilengan Fatimah ada tatu.Dia berbisik perlahan “subhanallah”
MUS
Mah....dah lama Mah tinggalkan abah semua.Abah tanya sikit?,duduk ye Mah.
FATIMAH
Ye bah…
MUS
Abah tau Mah ngan Yah dulu jaga betul agama.
Fatimah tergamam,mukanya sugul bercampur rasa resah.
FATIMAH
(sedih)
Mah mintak maaf bah...Mah dah lama tak solat,dah lama tak puasa,tak buat apa Mah buat dulu...Mah duk kejar duit,harta.
Cont'd
Mah ngan Wan dah lalai..jauh tinggal agama bah.
MUS
(senyum)
Alhamdulillah....Mah sedar apa Mah buat dulu salah.Tak pe,abah ada...in shaa Allah,Allah maha pengasih,pengampun lagi penyayang.
FATIMAH
(kesal)
Moga Allah terima taubat Mah....Mah nak Wan sedar jugak apa yang dia duk kejar sekarang ni semua dah jauh sangat.
MUS
Wan...kenapa ngan suami Mah?
FATIMAH
Lepas Mah ngan Wan pergi Singapore,ikut kawan Wan kongsi niaga...member dia selalu ajak kita datang rumah makan apa semua.
Cont'd
Tau tau Mah ngan Wan hanyut sampaikan tak solat,puasa tinggal…
Cont'd (sedih)
bah,Mah bertahun tahun tak solat,bah
MUS
Allah maha pengampun... Alhamdulillah Mah dah sedar.
Cont'd
Sebelum ma meninggal kat rumah orang tua tu dia pesan..
THROWBACK IN
SCENE 7
INT : ATAS KATIL RUMAH ORANG TUA - MID NIGHT
Sedang penghuni lain tidur,Hamidah ketika berada dalam keadaan lemah dikatil ditemani Mus setelah bertahun tahun ditinggalkan dirumah orang tua.
HAMIDAH
Bang...anak anak kita macamana bang?.
MUS
Midah...awok duk ingatkan apa,tinggal kita berdua saja.Anak anak dah ada hidup dia.
Hamidah menangis teringatkan suara kedua anaknya memanggilnya.Hamidah yang lemah hanya menggelengkan kepalanya sedang terlantar diatas katil
HAMIDAH
(bersedih)
Bang....dengor tak?,baaangg.
MUS
(tenang)
Astagfirullah...mengucap Midah,ingat Allah Dah.Allah hu akhbar.…
HAMIDAH
Ma tunggu engko orang ambik ma....datanglah,Mah,Yah.
MUS
Kita doakan Midah...,tidurlah ye
HAMIDAH
Janji ngan Midah....abang takkan benci anak kita,janji bang.
Mus senyum dalam linangan air mata
MUS
Abang tak benci anak kita Midah...tidur ye,abang jaga.
Mus menenangkan Hamidah dengan zikrullah sambil menemaninya.
THROWBACK OUT
(Bersambung)
Adham Sabri adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
