
SCENE 8
INT : RUANG TAMU RUMAH SAFWAN – NIGHT
Safwan tertidur dalam mabuk diatas sofa,diatas mejanya beberapa botol minuman keras.Dalam dirinya tertidur,dia bermimpi dirinya didalam tempat gelap.
Cut to
SCENE 9
INT : DIDALAM KAWASAN GELAP GELITA
Safwan terdengar dengar suara garau memanggilnya dengan gema & ngauman mengerikan.Suara misteri itu memanggil Safwan dengan amarah.
SUARA MISTERI
“apa yang kau buat,safwan
Apa yang kau gilakan dalam dunia”
SAFWAN
(CEMAS)
Aaaaaa....aku kat mana ni?,
Safwan melihat 2 mata merah dari jauh seolah melihat dirimya.Perlahan lahan kedua mata itu mendekati Safwan dalam kegelapan yang teramat.
SUARA MISTERI
(MARAH)
“Diammmmm.....!!!!”
Cont’d
“kenapa kau diam,aku nak dengar kata kata jijik kau”
Safwan hanya menggigil tidak mampu berkata apa apa,hanya kedengaran dengus cemas suaranya.
SUARA MISTERI
“mana solat kau,mana iman kau...”
Cont’d
“dimana islam dalam diri kau...!”
Kelihatan sebuah kepala besar seperti ular sedang membuka mulutnya lalu menerkam Safwan dengan ngerinya....
Cut to
CONTINUE SCENE 8
Safwan tersedar daripada lamuman mimpi ngeri,dia terjerit jerit sehingga terjatuh dari sofa lalu menggelupur dilantai.
SAFWAN
(TERBANGUN)
AAAAARRRRGGHHHH.......!!!
Cont’d
AAARRHH...!!
Safwan diam,dia tak terkata kata atas mimpi ngeri yang dialaminya tadi.Dia terus bangun lalu menuju bilik air.Ketika dia didalam tandas,terlihat kelibat hitam bertanduk terlihat dihadapan cermin tandas semasa membasuh muka.
SYAITAN
Kenapa....?,kau takutkan apa.Safwan !
Cont’d
Kau nak aku tambah kekayaan kau!,aku boleh buat..
Safwan terdiam,dalam masa yang sama riak wajahnya bertukar dari ketakutan menjadi bengis.Safwan berkata dihadapan cermin memandang lembaga syaitan di cermin.
SAFWAN
Aku nak segalanya....aku nak SEGALANYAAAA !!!!
Perlahan lahan kelibat syaitan menghilangkan diri.Safwan menjerit jerit dalam ketawa seolah kerasukan.
SAFWAN
AKU NAK SEMUA.....NAK SEMUA LAH!!!!!!!....
Cont’d
HAHAHAHAHA
Cut to
SCENE 10
EXT : JETI NYELAYAN TG LUMPUR – DAY
Pak Mus baru sahaja pulang menangkap ikan,Fatimah menunggu ayahnya tiba dijeti.Bot hampir tiba dijeti,Pak Mus melihat anaknya dari jauh lalu melambai lambai tanganya kearah anaknya.
FATIMAH
(GEMBIRA)
Alhamdulillah....abah selamat sampai
MUS
Eh....Mah,lama dah nunggu?
AZLAN
Assalamualaikum....eh,ni Fatimah kan,ke Sufiyah?
FATIMAH
Waalaikumussalam,eh....kau ye Lan,kerja ngan abah aku ye.Lama tak nampak kau.
Cont’d
Tak de lama mana bah,banyak dapat ikan?
PAK MUS
Alhamdulillah syukur rezeki Allah...Mah dah makan?
Izzudin menyampuk perbualan Fatimah & Azlan
IZZUDIN
Laa....Lan je nampak,aku ni?.haha
Cont’d
Lan...dah dah,meh tolong aku punggah kotak ni.
PAK MUS
Korang punggahkan semua....nanti jumpa kat kedai makan,aku belanja.
Cont’d
Kita minum kat kedai sana,Mah...
Fatimah
Okay bah...korang,nanti lah berbual ye.Assalamualaikum
IZZUDIN & AZLAN
Alhamdulillah pak Mus...
Cont’d
Waalaikumussalam..
Cut to
SCENE 11
INT : DISEBUAH RUMAH – DAY
Dipenuhi lelaki & perempuan berjubah sedang huyung hayang kepala sambil bernada “HU”...
Dalam kerumunan beberapa orang bercampur jantina.Kelihatan seorang gadis,duduk ditepian dinding sambil mulutnya kumat kamit menyebut “HU”....
Setelah itu semua berdiam apabila ketibaan sorang lelaki berkarekter “syeikh” melepasi celahan orang berkumpul.Syeikh itu duduk dihadapan mereka & menyampaikan perkara menyeleweng ajaran islam.
Kamarul
Malam penyucian bermula hari ini...kita bersihkan dosa disamping kenduri penyucian.
Pengikut syeikh semuanya menyebut “Hu”...mengulang ulang di ikuti juga perempuan (Sufiyah) itu.Sedang dia berzikir lalu terdengar lintasan suara difikiranya.
HALIMAH – V.O
Sufiyah....Sufiyah,Sufiyah.
Cont’d
Baliklah,Yah...baliklah rumah.ni bukan rumah Yah.
Sufiyah terkejut,dia mengalir air mata mengenangkan kerinduan terhadap arwah ibunya.Dia gelisah.
SUFIYAH
(SEDIH)
Mak..mak,mak.Mana mak?,Yah rindu sangat kat mak
Lintasan suara kembali
HALIMAH – V.O
Balik....Yah,jauh dah Yah dari mak & abah,baliklah
Sufiyah seolah “hilang” kesedaranya,dia tak mampu berbuat apa lalu meneruskan kembali menyebut zikir “HU” sedang air matanya mengalir sedih.
DISSOLVE TO
SCENE 12
EXT : DI PANTAI KEMPADANG – DAY
Fatimah termenung keseorangan mengingatkan peristiwa kehidupanya sekeluarga.
THROWBACK IN
Ketika sendirian dia melayan dirinya ditepian pantai,lalu keluar dari pendangan imbasan dia,Sufiyah bersama mak & abah dipantai kempadang suatu ketika dahulu.Fatimah & Sufiyah berlari lari bertempiaran.Ayah & mak berada dibawah teduhan pokok berkelah.Halimah berdiri memanggil sambil menghayun tanganya.

HALIMAH
(MENJERIT)
Timah...Yah,sini...!,makan nak.
SUFIYAH
Kak long....jom,mak panggil tu.
FATIMAH
Jom dik...eh,jap mak.
Halimah menyuap kedua anak anaknya sekadar 1 & 2 suapan.
HALIMAH
Sini mak suap engko berdua.....bismillah,aauuum
Cont’d
Beso beso engko semua ni..
Kedua duanya tersenyum riang,Fatimah & Sufiyah mengada gada nak disuapkan lagi oleh maknya.
PAK MUS
Duk main suap macam ni....mak tak makan makan lagi ni duk melayan engko berdua ni,dah bagi mak makan nak.
Mereka semua bergelak sedang berkelah dibawah pokok.Halimah berkata sesuatu.
HALIMAH
(SENYUM)
Alhamdulillah....
Cont’d
Esok luse besar nanti jaga elok elok mak ngan abah.Sayang kat kitaorang ni ye,nak bertuoh berdua ni.
FATIMAH
In shaa Allah,mak
SUFIYAH
In shaa Allah....mak,Timah ngan Yah jaga mak ngn abah sampai bila bila ye.kitaorang sayang mak abah.
THROWBACK OUT
Lintasan suara ibunya memanggil Fatimah
“Fatimah.....!”
Fatimah tersedar dari lamunan,dia terdengar bunyi panggilan handphone daripada Safwan.
INTERCUT BETWEEN SAFWAN & FATIMAH
INT : INSIDE SAFWAN’S OFFICE.
SAFWAN
Sayang....you buat apa ni?,lama lagi ke kat kampung
FATIMAH
Abang,sayang nak lama lagi kat sini.Abang datanglah kampung.kita tutup kejap niaga dalam lima,enam hari ni...balik ye bang.
SAFWAN
Sayang,sorry....abang ada appointment nak settle.
FATIMAH
Bang,sayang nak kata sikit boleh....
Cont’d
Kita ni bila last solat?
SAFWAN
(gugup)
Eh...you ni kenapa i macam ni?
FATIMAH
Bang.....balik nanti kita solat,mengaji,berzikir.Kita ni lama dah jauh,jauh sangat dah ni
Safwan terdiam tanpa kata.Dia kelu lidah hanya tergagap & rasa bersalah buat sementara selepas itu suaranya bertukar tegas.
SAFWAN
SAYANG!!!.... ENOUGH OF WHAT YOU’RE SAYING.!!!
Cont’d
Abang tak nak bincang pasal ni lagi?,faham!
Fatimah mendiamkan diri,mukanya sugul kesedihan
FATIMAH
Olay bang....sayang mintak maaf berkasar ngan abang
Cont’d
Sayang tak nak hubungan kita sesat sampai tak kenal Allah.Sedarlah bang.Assalamualaikum.
Fatimah menamatkan panggilan.Dia sendirian termenung seorang diri ditepi pantai.
FATIMAH
(BERBISIK)
“Ya Allah...aku dah lama sesat,selamatkan ku & suamiku”
CUT TO
SCENE 13
INT : HALAMAN RUANG TAMU RUMAH SUFIYAH - NIGHT
Kelihatan Sufiyah sedang bersolat diletakkan sebiji batu dihadapan sejadahnya.Selesai dia solat & berdoa.Dia termenung seketika sambil duduk diatas sejadah.
HALIMAH – V.O
“Sufiyah....Sufiyah,Sufiyah”
Sufiyah bingung,wajahnya gelisah melihat sekelilingnya sambil menyahut dengan suara tinggi.
SUFIYAH
(SEDIH)
MAK.....MAK,MAK!!!
Cont’d
Mak ke...kenapa mak tinggalkan Yah,mak!
Sufiyah memanggil manggil maknya tetapi tiada sahutan balik.Sufiyah menangis sedang duduk diatas tikar sejadah.

SUFIYAH
(MENANGIS)
Kenapa mak tinggalkan Yah.....
Cont’d
Yah rindukan mak...Yah rindukan keluarga Yah.
Sufiyah terlintas difikiranya memori hitam silamnya ketika menjadi gadis bersosial liar.Terbayang dirinya ketika meminum arak & menari nari didalam disko dalam mabuk.
Sufiyah kembali menangis lagi.
Cut to
Bersambung
Adham Sabri adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.







