
SCENE 4
Int : visual gelap hanya diselubungi mantera dalam bahasa Thai.
Suara tersebut menjadi daripada perlahan terus memjadi garau dan menakutkan.Tiba tiba kelihatan bentuk lembaga tanpa kepala berpakaian gaun putih compang camping didalam visual gelap tersebut.
Suara misteri
(Menurun dalam bahasa Thai)
.....…
Cont’d
(Berbahasa melayu)
Saaaarimaaahhh.......Saaarimmaah,janji mu dengey akuuuuu,Sarimah.Mu dan keturunan mu jago akuuuu!!!!!

Cut to
SCENE 5
Int : Disebuah ruang bilik tidur anak Sarimah,Farhana di Johor Bahru. Kelihatan anak perempuan sulungnya sedang tidur. Tiba tiba Farhana tersedar dengan keadaan terkejut.
Diwaktu pagi sekitar awal pagi
Very wide shot :
Melihat sekitar bilik Farhana tatkala dia masih tidur
Close up :
Wajah Farhana bertukar pucat,bermata putih & tergangga mulutnya
Farhana
(Menjerit setelah bangun dari tidurnya)
Aaaaaaaaaaaahhhhh.......aaaaaggghhhh!!!!!!
Mak cik Zainab yang menjaga kedua anak Sarimah bergegas menuju ke bilik Farhana bersama adik Farhana,Eka.Mak Zainab membuka pintu bilik Farhana lalu tergamam melihat Farhana dalam keadaan keras kaku berbaring badanya membengkok tinggi ke atas.Matanya terbeliak dan mulutnya berair pada masa sama suaranya garau.
Very wide shot :
Farhana
(Tidak sedarkan diri)
Aaaaaaaahhhhh.......eeeeeeeeerrkkk,aaaahhh!!!!!,SARIMAAAAH.Mu ado pertanjiey dengey akuuuuuuu.Jago aku,jago aku SARIMAAAHHHH.!
Mid shot :
Mak Cik Zainab
(Terkejut)
Astagfirullah.....ya Allah.Eka!,cepat ambikan air secawan bagi kat nenek.!
Eka bergegas mengambil air ssecawan. Sementara itu Mak Zainab membaca ayat ruqiah dan ayat tul kursi sedang jarinya menunjuk kearah Farhana yang tidak sedarkan diri.
Eka memberikan secawan air lalu dijampikan oleh mak Zainab.
Mid shot :
Mak Cik Zainab
(Membaca ayat ruqiah)
Allāhu Lā Ilāha Illā Huw, Al-Ḥayyul-Qayyūm, Lā Ta’khużuhū Sinatuw Wa Lā Naum, Lahū Mā Fis-Samāwāti Wa Mā Fil-Arḍ, Man Żallażī Yasyfa‘U ‘Indahū Illā Bi’iżnih, Ya‘Lamu Mā Baina Aidīhim Wa Mā Khalfahum, Wa Lā Yuḥīṭūna Bisyai’im Min ‘Ilmihī Illā Bimā Syā’, Wasi‘A Kursiyyuhus-Samāwāti Wal-Arḍ, Wa Lā Ya’ūduhū Ḥifẓuhumā, Wa Huwal-‘Aliyyul-‘Aẓīm
Farhana
(Kerasukan / badanya hanya menggelupur diatas katil)
Mu peworih akuuuuu.......eeeeeerrkkkk,aku dok akey bia mu pah ni.Mu keno jago akuuuu,jaga aaakkkuuuu.!!!!
Eka berada di pintu bilik ketakutan melihat kakaknya,Farhana menggelupur dengan riak wajah seram & mata terbeliak.
Eka kerasukan / huyung kepala dalam berdiri bersandar di pintu bilik Farhana
Eka
(Kerasukan)
WORIH akuuuu....mu jangey nok pisoh aku dengey dio.
Cont’d
GI,Gi....PEGGI.Aku tak dop dendey mu..... tulong gi,jangey sapa aku bunoh mu !!!!
cont'd
bercakap.ayat thailand
Mak cik Zainab
(Membacakan ayat kursi pada segelas cawan yang dibawa oleh Eka )
.........Ya Allah,lindungilah hambaMu yang lemah & mengharap kekuasaan Dzat Mu.
cont'd
dengan izinMu ya Allah,keluarlah dia dari tubuh badan cucu ya Adam.
Zainab menyimbah secawan air kepada Eka yang kerasukan di depan pintu.Eka menggelupur kesakitan lalu pengsan.
Lalu dia kembali uruskan Farhana dengan menggenggam dikepala Farhana lalu dibacakan ayat ayat ruqiah.Farhana dalam kerasukan meracau berbahasa thai.
Farhana
(Menggelupur)
Mencaci maki dalam bahasa thai..…
Mak cik Zainab
(Berteriak dalam masa yang sama menggenggam kepala Farhana sambil membaca ayat ruqiah)
Kau keluar......!!!!!,KELUAAAAR.
cont'd
Allah hu akbar......!!!!!!!!
Cut to.
Scene 5 :
keranda jenazah ditarik keluar dari van jenazah.Ada beberapa orang sekitar datang melihat juga membantu pengebumian jenazah Hamdan.
Ext : Dikawasan tanah perkuburan salah satu kawasan di Kelantan
Waktu mendung diawal pagi pukul 10 pagi
Ustaz Azhar berada bersama tok imam & beberapa orang menguruskan jenazah.Semasa duduk bersama tok imam membaca talkin,ustaz Azhar terlihat kelibat berada jauh disebalik lindungan semak samun disuatu sudut kawasan tanah perkuburan.
Ternyata lembaga tanpa kepala memerhati ustaz Azhar dari jauh dalam lindungan semak samun disebalik pokok besar.
Uztaz Azhar Mengucap sambil menutup mata dari melihat sesuatu menakutkan disebalik tepian pokok di kawasan tanah perkuburan
Uztaz Azhar
(Mengucap / sambil menutup matanya)
Astagfirullah.... Astagfirullah, Astagfirullah al azim.
Setelah istigfar berkali kali barulah lembaga itu hilang dari pandanganya.
Cut to :
Back to scene 4
Int : Ruang tamu rumah Zainab,waktu pagi
Zainab berada dipangkuan Farhana yang lemah setelah kerasukan tadi.
Farhana terbangun setelah sedarkan diri…
Farhana
(Menangis & memeluk Zainab)
Nekkk!!...tolong Nek,!!!! ,Na takut.....mana ibu ngan ayah Na?.
Zainab tak mampu berkata apa apa hanya memeluk Farhana setelah Farhana sedar.
Zainab
(Memeluk Farhana)
Alhamdulillah....Nek ada jaga Na, istigfar Na ikut nenek.... Astagfirullah al azim
Eka
(Datang menghampiri Farhana)
Kak.....kak dah okay kak?
Zainab menarik tangan Eka lalu memeluk Eka & Farhana berdua
Cut to
Back to scene 5
Setelah selesai pengebumian,uztaz Azhar disapa oleh 2 pegawai polis juga meniasat kes kematian Hamdan yang mengerikan.

Vide shot : ustaz Azhar menuju ke kenderaan
Mid shot
Rosli
(Pegawai polis 1)
Assalamualaikum,ini encik Azhar ke.…
Ustaz Azhar
Waalaikumussalam,ya saya Azhar....yang report awal pagi tadi.
Rosli
Sebenarnyo ambo nok buat keterange pasal lagu mano buleh jadi.Pasal saksi hok jupo mayat ambo selesai doh.
Ustaz Azhar
Maaf ye....saya bukan orang Kelantan,datang tinggal di kampung bersama isteri orang asal sini.
Hamzah
(Pegawai polis 2)
Boleh encik ceritakan pada kami apa yang sebenarnya berlaku...…
Ustaz Azhar
Kalau tak ada aral,encik berdua datang ke rumah saya....nanti saya ceritakan segalanya.
Cut to
Scene 6
Disalah sebuah kawasan di Golok,Thailand,visual seroang perempuan dari belakang sedang bersiap mengemaskan pakaian.Di tepi beg perempuan itu terdapat gambar lama hitam putih “ibu Sarimah bersama seorang lagi wanita”
Dia mengambil gambar itu lalu dimasukkan kedalam beg.
Sedang dia berjalan keluar dari rumahnya,dihadapanya terlintas lembaga tanpa kepala.Dia sedar masanya sudah tiba untuk menghapuskan saka juga ilmu hitam yang diturunkan oleh ibu Suhaila juga "ibu" wanita ini.
Wanita thai itu mengecilkan matanya menerung dalam mood garang.
Back wide view shot :
.
Wanita thai itu meninggalkan rumahnya menuju Kelantan, Malaysia
(Bersambung)
Adham Sabri adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.


