
EXT: waktu malam disuatu tempat hutan semak samun kawasan di tepian sungai Kelantan waktu tengah malam dikawasan kampung Kelaweh,Machang
Waktu malam berangin sepoi bersama bunyian cengkerik
Kelihatan susuk tubuh seorang wanita hanya kelihatan susuk tubah tanpa dari sudut belakangnya sedang berdiri di celahan semak samun.Kedengaran mantera dalam bahasa thai.
Very wide shot : posisi belakang wanita misteri tercegat Keadaan malam gelap & sunyi berserta angin sepoi
Cut to
Very wide shot : wanita misteri mengheret seorang mayat lelaki lengkap berpakaian.Mayat yang dalam keadaan ngeri ditetak & dikelar.Wanita misteri ini mengheret mayat lelaki tersebut sepanjang laluan kawasan ladang pokok getah yang gelap.Hanya samar kelihatan aksi wanita sedang mengheret jasad seseorang.
Cut to
Mid shot :Sudut kamera menghala kearah kaki wanita misteri tersebut berhenti bersama mayat tersebut apabila tiba di tebing sungai Kelantan melepasi semak samun.
Mid shot :Sudut kamera terhadap separuh badan wanita misteri tu mengheret mayat tersebut lalu dicampakkan ditebing sungai Kelantan.
Cut to
Mid shot : Dari belakang wanita misteri tersebut
Wanita itu mula meriba mayat tersebut serta membelai rambut mayat lelaki tersebut.
Wanita misteri
(Gelak ketawa,lenggok badanya kekiri kekanan dalam kerasukan & meribakan kepala mayat itu)
Hihihi....abang,abang,abannnggg!.Sayang dah tak kong kong abang lagi.
Cont’d
( Suara sayu sambil mengusap rambut mayat lelaki tersebut)
Abanggg...!,kalaulah abang sedar benda tu masih ada lagi ikut sayang.Abang dah selamatkan saaayyyangg......eeeeeeee
(Bermula perkataan “sayang”,suara sayu bertukar ke garau & keras lalu mendongak kelangit dalam kerasukan)
Wanita misteri
(Menjerit)
Aku dah bunuh kauuuuu.....hahahahaha!!!!!!
Cut to
Very wide shot : Persekitaran ditebing sungai Kelantan di malam yang gelap.
Angin kencang mula meniup.Hanya si wanita misteri bersama seorang mayat lelaki tersebut dikawasan malap ditepian sungai.
Kepalanya mendongak ke atas sambil menghayun hayun tatkala sedang duduk mendukung mayat lekaki tersebut di tepian sungai Kelantan
Wanita misteri
(Suara berdengung)
.....
Kelihatan tanganya dikedua dua belahnya menitik nitik sambil mengangkat tinggi kedua tanganya lalu menjerit
Wanita misteri
Aaaaarrrrgghhhh..........
(Berdengung)
Cont'd
(Bersambung mantera bahasa thailand)
...
Medium close up :bentuk wajah disebalik malam yang gelap
Wanita misteri
(Menurun,sambil tanganya terus menerus menikam jasad tersebut)
Bercakap dalam bahasa Thai....ayat jampi ritual.
Ditepian sudut Lelaki misteri itu ada sebuah lembaga tidak berkepala tercegat berdekatan dengan wanita tersebut.
Tiba tiba kedengaran teriakan suara ngeri dari arah belakang wanita misteri tersebut.
wanita misteri itu tersedar daripada sampukan
Suara misteri
(Teriak dalam kesedihan)
ABANNGGGGGG.........!!!!
Suara menggerunkan dibelakang wanita misteri
"Mu jago aku...aku buwi mu gapo hok mu mitok.eeeeeerrr".
Cahaya bulan menyinari wajah wanita misteri setelah keluar dari lindungan awan.Ternyata wanita misteri tersebut adalah Sarimah,dihadapanya mayat suaminya,Hamdan yang ditikam keris berkain kuning.Mayat Hamdan masih lengkap berpakaian.Keadaan mayat suaminya mengerikan dengan kesan kelar & robek diseluruh badan.
Sarimah mencabut keris daripada badan suaminya.Dia terdiam dalam keesakkan menangis atas perbuatanya membunuh suami kesayanganya disebabkan kerasukan saka yang dianggapnya sudah berakhir.
Sarimah
(Menangis meratap)
Abanggggg......!!!!!,bangun abang,maafkan Mah bang!!!
Cont’d
Bang....bangun,bang!!!
Kemunculan semula lembaga tanpa kepala sebentar tadi di hadapan Sarimah.
Lembaga saka
(Suara ngeri)
Mu jago aku....janji ore tuo mu aku pegey.Jange tembo dari akuuuuu....!!!!!
Sarimah memandang lembaga tanpa kepala dengan perasaan seram juga amarah
Sarimah
(Menjerit)
Aku bukan lagi tuan kauuuuu......!!!!!!!,apa urusan kau dengan orang tua aku bukan hal aku.Dah,pergi....perrgggh
(Suara Sarimah tersekat,lalu tersedak.Dia berusaha berkata sesuatu)
Cont’d
Eeeerrrrgghhhh......aaaarrkkk!!!
Lembaga hantu
(Suara ngeri sambil menjerit kemarahan)
Terimo akuuuu.....!!!!!!,eeeeee
Kepala Sarimah bergoncang,matanya hanya putib kelihatan lalu mengeluarkan suara serak menakutkan disamping dia meribakan mayat suaminya.
Sarimah
(Kesampukan)
Eeeeeeerrrrrrrr........!!!!!!!!
Sarimah mengoyak goyakan daging mayat suaminya dengan kuku juga giginya.....keadaannya semasa itu mengerikan.Sarimah lantas menghanyutkan mayat suaminya ke sungai.
Very wide shot : kamera dibelakang Sarimah melihat seketika mayat suaminya dihanyutkan ke sungai.Setelah itu dia berjalan meninggalkan tebing sungai itu dalam terumbang ambing sambil kepalanya mendongak ke atas dengan mulut tergangga dan mata hitamnya hilang.
Cut to
Throwback
Beberapa jam sebelum berlaku
Int: Didalam kenderaan waktu tengah tengah malam memandu kenderaan menuju ke rumah ustaz(tukang ubat)
Mid shot : Hamdan memandu kenderaan bersama Sarimah
Sarimah
(Cemas)
Bang.....sayang rasa kita dah tak lagi kena ganggu,kenapa ada lagi bang?
Cont’d
Bang...tengok ni
(Merujuk telapak tanganya)
Cont’d
Sayang dah tak terima saka arwah mak abah...
Hamdan
(Cemas,mmegang tangan Sarimah sambil memandu)
Sayang....kuat ye,jangan ikut bisikan tu,abang tahu bukan salah sayang
Sarimah
(Tercunggap cunggap ketakutan )
Abang...dia pernah halau benda ni dulu.Biarlah benda ni dah tak datang lagi ganggu kita.
cont'd
(Sedih)
Abang.....maafkan sayang,sayang tak nak hilang abang.Anak kita bang!!!!...
Kedengaran suara halus berbahasa thai yang didengari mereka berdua
Hamdan
(Cemas)
Sayang......kita istigfar,ya Allah.
Hamdan terkejut pabila terpandang di cermin tengahnya terlihat kelibat lembaga tanpa kepala dikerusi belakang kenderaan mereka.
Hamdan memberhentikan kenderaanya.Dia kini diam dan tertunduk seolah olah tidak menyedari dirinya.Lalu dikejutkan suara garau Hamdan
Hamdan
(Kerasukan,dalam keadaan menunduk kehadapan)
Mu.....nok gi mano!!!!!!.Aku nok mu balik,keturune mu ado janji nge akuuuuu.......
Dikala dalam perjalanan menuju melalui jalan bawah jambatan sungai Kelantan diwaktu tersebut malam yang sunyi tanpa kenderaan lain,juga kehadiran orang yang berada disana.Mereka tidak sempat dalam perjalanan untuk tiba ke rumah ustaz tersebut....Hamdan bagai dirasuk secara tiba tiba

INT : DIDALAM KENDERAAN - MALAM
Lalu Hamdan menggelupur seketika lalu lemah.Dia baru sedar selepas kerasukan sebentar tadi.
Over the shoulder :
Suhaila
(Menyedarkan Hamdan)
Bang....bang,bang!!!!
Hamdan perlahan lahan kembali sedar
Hamdan
(Tersedar dalam lemah & mamai)
Hhmmm....sayang?,kat mana kita ni.Kenapa berhenti kat tempat sama ni?
Sarimah tiba tiba menjerit jerit sambil itu dia menutup kedua telinganya dengan tanganya.Dia memejamkan mata dimasa itu kepalanya menggeleng.Hamdan membaca ayatul Kursi dan melaungkan azan bagi menghalang Sarimah dari dirasuk.
Sarimah meronta ronta minta tolong
Sarimah
(Meronta ronta)
Abaaanggg.....!,panas jangan dibaca lagi bang!
Hamdan terkejut melihat Sarimah meronta kepadanya
Scene 3 :
EXT : HALAMAN LUAR RUMAH USTAZ AZHAR - MALAM
Kawasan luar rumah ustaz Azhar waktu lewat malam pukul 2-3 pagi.Keadaan hujan lebat & ribut.
Int : Beranda rumah dikampung kelaweh
Ustaz Azhar membuka pintu rumahnya,berjalan ke beranda merasakan sesuatu yang tidak kena terhadap pasangan tersebut.Angin kencang disabut hujan lebat.Ustaz Azhar menelefon Sarimah juga Hamdan.
Wide shot view :
Ustaz Azhar membuka pintu rumahnya untuk berada diberanda.kelihatannya risau dan gelisah menanti kehadiran Sarimah & Hamdan.Ustaz Azhar menelefon Hamdan.
INT : PERBUALA TELEFON ANTARA USTAZ AZHAR & HAMDAN.
Mid shot:
Ustaz Azhar
Assalamualaikum....Hamdan,sampai tak ke rumah ustaz?
Hamdan
(Cemas & ketakutan)
Waalaikumussalam....ustaz,saya tak tahu macamana nak ke tempat ustaz.Dah banyak kali lalu ditempat sama
Ustaz terdengar jeritan Sarimah didalam panggilan.Sarimah meracau bercakap dalam bahasa Thai
Ustaz Azhar
(Terkejut)
Astagfirullah al azim.....la haulawalaquwataillah billah.Ya Allah.Hamdan,bagitau ustaz Hamdan dekat mana sekarang.Ustaz cari kamu berdua.
Hamdan
(Terkial kial & ketakutan)
Saya dekat kawasan bawah jambatan area Machang tak silap.Ustaz datang cepat,saya dah sesat ustaz.
Ustaz Azhar
(Cemas)
Awak jangan letak telefon.....tunggu saya datang,jangan keluar dari kereta.
Ustaz mengunci rumahnya lalu menghidupkan keretanya bagi menuju ke tempat yang diberitahui Hamdan.Sementara itu Hamdan memberhentikan kenderaanya ditepian jalan berhampiran pinggir sungai Kelantan.
Sarimah tidak lagi menyedarkan dirinya,dia menggelupur dengan teriakan garau.Sarimah hanya mendongak diatas dan membuka mulutnya seluas luasnya.Keadaan bertambah seram apabila Hamdan didatangi lembaga tidak berkepala dicermin pintunya sambil mengetuk getuk menggunakan badannya.
INT : DIDALAM KENDERAAN SEWAKTU HUJAN LEBAT & RIBUT PADA WAKTU LEWAT MALAM
Mid shot :
Hamdan
(Terkejut)
Ya Allah.....ya Allah,Allah hu akhbar!!!!
Didalam hujan yang lebat lembaga tanpa kepala terus menerus mengetuk cermin tingkap.Pada masa yang sama lembaga itu memanggil nama Hamdan.
Close up :
Lembaga misteri
(Berdengung)
Haaaamdan..........!!!!!!
Hamdan tidak dapat menghidupkan keretanya semasa lembaga itu terus menerus mengetuk cermin tingkap pintunya.Sarimah tiba tiba keluar dari kereta dalam keadaan hujan lebat beserta ribut dimalam yang gelap.Dia menuju ke semak samun di pinggir sungai Kelantan.
EXT : SARIMAH & HAMDAN KELUAR DARI KENDERAAN
Wide shot view : Hamdan mengejar Sarimah yang berlari ke semak samun
Very wide shot
Hamdan
Sayang....!!!!!,nak kemana yang.
Hamdan mengejar Sarimah yang jauh kedalam semak sanun.Apabila tiba di ladang pokok getah yang luas,Hamdan sudah tidak kelihatan Sarimah.Hujan lebat dan malam yang gelap menghalang pandangan Hamdan
Mid shot :
Hamdan
(Menjerit)
Sayang.....!!!,sayang!!!
Hamdan melilau kekiri dan ke kanan mencari Sarimah didalam gelap di kawasan ladang pokok getah dengan hujan lebat & ribut disekelilingnya.Lalu dia terdengar suara sayu Sarimah memanggilnya.
Suara Sarimah
Abang... abanggggg,abanggggggg
Close up
Hamdan
(Wajah pucat & dalam ketakutan)
....Sayang.
Hamdan melihat dihadapanya Sarimah sedang memegang sabit.Dalam kerasukan Sarimah menetak kepala Hamdan,sabit yang ditetaknya melekat dikepala Hamdan lalu Hamdan mati disebabkan tetakan itu.
Cut to : Bersambung
Adham Sabri adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
