Skuad B-23 Sabah tamatkan kempen dengan kemenangan

26 Jul 2023 • 2:11 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Skuad bawah 23 tahun Sabah FC menamatkan kempen mereka dalam saingan Piala MFL musim ini dengan kemenangan di Stadium Likas pada malam Isnin lalu.

Bagaimanapun, mereka terpaksa bermandi peluh sebelum bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan Skuad Projek FAM-MSN 3-1 dalam aksi kumpulan A. Pasukan pelawat yang terdiri daripada bakat muda dari seluruh negara mendahului pada minit ke-8 selepas penjaga gol Sabah, Joffy Johin, gagal menangkap kemas rembatan Nur Haikal Rahim yang agak lemah.

Joffy kemudian menebus kesilapannya dengan menyelamat rembatan kencang Sahil Husni pada minit ke-14, sebelum Azhad Harraz menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-31 berikutan kesilapan pertahanan pasukan pelawat.

Azhad, yang digandingkan dengan Hizaz Lokman di hadapan oleh ketua jurulatih Johnny Dominicus pada perlawanan itu, kemudian menjaringkan gol kedua dengan sepakan voli daripada sepakan percuma yang diambil oleh Umareng Bacok pada minit ke-43.

SPONSORED CONTENT A&W poised for rapid growth in Sabah Kota Kinabalu: A&W is geared to become the leading Quick Service Restaurant (QSR) chain in Sabah, with its strong re-entry into Sabah with the opening of the first outlet in Inanam in November 2022. Read more Sabah berpeluang melebarkan kelebihan pada minit ke-86 tetapi rembatan Faris Kamardi dinafikan palang sebelum Richie Svenson menjaringkan gol ketiga pada masa kecederaan.

Johnny berkata selepas perlawanan itu beliau berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya dan keputusan itu walaupun beberapa perubahan dilakukan terhadap pasukan.

Sabah FC menamatkan kempen di tempat keenam dalam kalangan lapan pasukan dalam kumpulan itu dengan 12 mata daripada tiga kemenangan, tiga seri dan lapan kekalahan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.