Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel

7 Aug 2022 • 12:35 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Meraih kemenangan dengan mata 2-0

Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel. Skuad Dota 2 wanita negara menunjukkan aksi cemerlang apabila mara ke pusingan grand final menentang England pada Kejohanan E-Sukan Komanwel di Birmingham pada Sabtu.

Pasukan daripada barisan pemain Grills Gaming, iaitu Stephanie ‘Auroraa’ Lim Yuen Lii, Nadrah ‘Nada’ Saufi, Wong ‘HG’ Wei Sian, Bette ‘iStarx’ Chia Hooi Ping dan Tan ‘Shizuma’ Lyn Xhin meraih kemenangan dengan mata 2-0 menentang England.

image is not available
Skuad Dota 2 Wanita Negara Raih Emas Kejohanan E-Sukan Komanwel. Kredit: Media Sosial

Perjuangan skuad wanita yang membanggakan

Pengurus Pasukan, Tiffani ‘Oling’ Lim turut berkongsi kegembiraan di media sosial selepas lagu Negaraku berkumandang di pentas juara yang menjadi milik Malaysia.

The medal ceremony & Malaysian national anthem. Incredibly proud to be carrying the Jalur Gemilang image is not available

Posted by Grills Gaming on Saturday, August 6, 2022

Dia turut menekankan beberapa perkara di mana amat sedikit perhatian dan peluang yang diberikan kepada skuad wanita walaupun perjuangan mereka sudah berada di tahap yang tertinggi.

Namun, dengan wujudnya platform sebegini diharap dapat mempamerkan kemahiran mereka serta mampu bersaing di kejohanan yang akan datang.

Para gadis ini tampak sukar untuk dikalahkan, dan saya sangat berbangga dengan mereka. Saya sayang mereka dengan sepenuh hati saya dan sangat berharap agar pencapaian ini membolehkan mereka mendapat penghargaan dan sokongan yang sepatutnya mereka dapatkan,”

Tiffani ‘Oling’ Lim

image is not available
Haikal menang pingat emas E-Football dalam Kejohanan E-Sukan Komanwel. Kredit: Media Sosial

Turut meraih pingat emas, Haikal berjaya menjuarai E-Football Open membuatkan Malaysia kini menggenggam dua pingat emas dalam tangan.

Tahniah kepada skuad wanita Dota 2 kerana mencatatkan rekod tanpa kalah sepanjang Kejohanan E-Sukan Komanwel 2022 ini berlangsung.

Kenali juga gadis Sarawak, Nadrah “Nada” Saufi yang turut menjadi tonggak pasukan juara ini image is not available :