Skuad muda KDA FC mahu bukti kemampuan di Liga A1

Football
3 Aug 2025 • 9:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Azzmi Aziz

PENGENALI Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Azzmi Aziz bertekad membuktikan kemampuan skuad muda bimbingannya apabila memulakan kempen sulung Liga A1 Semi-Pro 2025/26 menentang Machan FC di Stadium Majlis Kubang Pasu, Jitra pada Ahad.

Mengakui berdepan laluan berliku, Azzmi berkata penyertaan kali ini bukan sekadar memburu semula kepercayaan penyokong selepas bergelut di Liga Super, tetapi menjadi medan penting membentuk generasi pelapis Hijau Kuning.

“Pasukan ini dibentuk dalam keadaan mencabar kerana sekatan perpindahan (transfer ban). Jadi, kami gabungkan pemain Piala Presiden, skuad Bawah 23 dan skuad Piala Belia negeri untuk membina pasukan,” katanya.

Menurutnya, ketiadaan pemain import dan tonggak senior membuatkan skuad itu perlu bersaing dengan lawan yang lebih berpengalaman dan memiliki kelebihan fizikal serta taktikal.

Bagaimanapun, beliau yang pernah membimbing kelab Liga Super, Negeri Sembilan FC dan PDRM FC optimis skuad muda Sang Kenari mampu memberi tentangan bermula aksi pembukaan.

“Persiapan berjalan lancar sejak beberapa minggu lalu dan esok adalah sesi latihan terakhir. Harap semua pemain dapat pamer prestasi terbaik di gelanggang sendiri,” katanya.

Mengulas aksi di hadapan penyokong sendiri, Azzmi mengakui ia kelebihan yang perlu dimanfaatkan, namun tidak menolak ada tekanan buat pemain muda.

“Ramai pemain belum pernah beraksi dalam suasana sebegini. Saya mahu mereka cepat menyesuaikan diri dan tidak gugup di padang,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azzmi mengesahkan semua pemain utama bebas kecederaan dan bersedia diturunkan.

“Alhamdulillah, tiada kecederaan serius. Pemain menunjukkan prestasi baik dalam latihan dan perlawanan persahabatan. Mereka sedia beraksi, insya-ALLAH,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved