Sky tewaskan 36,508 jadi johan Kuiz Asean

11 Sep 2022 • 12:57 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

RANAU: Berkongsi maklumat dan pengetahuan menjadi kunci kejayaan pelajar, Sky Broxlyne Roy Maxwill, yang meraih gelaran Johan Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022. Pada pertandingan tersebut, Sky menewaskan 36,508 peserta dalam Kategori Murid Sekolah (15 hingga 17 tahun), secara dalam talian pada Julai lepas.

Pelajar Tingkatan 3 SMK Mat Salleh Ranau itu juga giat membuat kajian, bertukar pendapat dengan rakan-rakan dari luar negara, serta kerap bertanya kepada guru-guru sebagai persiapannya mewakili Malaysia ke peringkat rantau, Disember ini.

Sky, yang hadir dalam Program [email protected] Kampung Libang anjuran Pejabat Penerangan Daerah Ranau, menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa di Dewan Serbaguna Kg Libang.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

View Original Article