Skydance Ialah Nama Baharu Selepas Warner Bros dan Paramount Digabungkan

EntertainmentBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 10:22 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Skydance Ialah Nama Baharu Selepas Warner Bros dan Paramount Digabungkan

Warner Bros dan Paramount akan digabungkan menggunakan nama baharu Skyance Crop. Pengumuman dilakukan oleh CEO dan pengerusi syarikat David Ellison hujung minggu lalu dengan ia mengambil nama syarikat beliau sebelum ini Skydance Media.

Kedua-dua syarikat media gergasi ini akan digabungkan secara rasmi bermula 6 Oktober selepas bersetuju melakukan beberapa komitmen seperti memastikan meneruskan menayangkan filem di panggung dan tidak memindahkan studio pembikinan filem mereka keluar daripada Hollywood.

Image from: Skydance Ialah Nama Baharu Selepas Warner Bros dan Paramount Digabungkan

Pengambil alihan diumumkan pada Februari lalu dengan nilai $111 bilion (~RM 453 bilion). Pengumuman rasmi dikeluarkan selepas Netflix menarik diri selepas enggan meningkatkan harga binaan $82.7 bilion yang dipersetujui penghujung tahun lalu.

Selain menggunakan nama baharu, penggabungan turut melibatkan studio filem Paramount dan Warner Bros, platform penstriman HBO Max dan Paramount+ serta saluran TV CBS, CNN, MTV, TBS, Comedy Central dan Food Network.

Ia juga meletakkan beberapa siri filem serta TV seperti Harry Potter, Lord of the Rings, Game of Throne, DC Universe, Yellowstone, Mission: Impossible, dan Top Gun di bawah satu payung syarikat media gergasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved