Skyline GT-R R34 Model Edisi Terhad Hot Wheels Sempena HWCCM 2026

LocalCars
15 Jul 2026 • 11:39 PM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

Image from: Skyline GT-R R34 Model Edisi Terhad Hot Wheels Sempena HWCCM 2026

SERDANG, 15 Julai 2026 – Peminat diecast dan kolektor Hot Wheels pastinya tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34), model edisi terhad yang diperkenalkan sempena 4th Annual Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) 2026, yang berlangsung bersempena Art of Speed (AOS) Malaysia 2026 di MAEPS, Serdang pada 1 dan 2 Ogos ini.

Model eksklusif ini dibangunkan khas untuk konvensyen tahun ini dan hadir dengan nombor siri unik pada setiap unit, sekali gus meningkatkan nilai koleksi kepada peminat serta pengumpul Hot Wheels. Lebih istimewa, ia turut mendapat lesen rasmi daripada Nissan serta dilengkapi pelekat (decal) tulen Motul dan Yokohama, menjadikannya antara model konvensyen paling dinantikan tahun ini.

Seperti kebiasaan model eksklusif HWCCM, jumlah pengeluarannya adalah sangat terhad dan akan dijual mengikut konsep “siapa cepat, dia dapat”, menjadikannya antara item paling diburu sepanjang festival berlangsung.

Bagi menambahkan lagi kemeriahan, HWCCM 2026 turut menampilkan Ronald Wong, Ketua Pereka Produk Hot Wheels Premium dari Amerika Syarikat. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab menghasilkan pelbagai model popular dalam siri Car Culture, Boulevard, 2-Car Packs dan Collector Sets, selain menjadi pereka kepada model Nissan Skyline GT-R V·Spec II (BNR34), 1997 McLaren F1 GTR, ’07 Honda Civic Type R dan ’24 Honda Civic Type R. Kehadiran beliau memberi peluang kepada peminat untuk mengenali dengan lebih dekat proses pembangunan model-model ikonik Hot Wheels.

Image from: Skyline GT-R R34 Model Edisi Terhad Hot Wheels Sempena HWCCM 2026

Sebagai penghormatan kepada model eksklusif tersebut, Malaysia Skyline Owners Group (MSOG) akan membawa beberapa unit sebenar Nissan Skyline GT-R ke Dewan C, membolehkan pengunjung melihat sendiri evolusi kereta lagenda Jepun yang menjadi inspirasi kepada model diecast tersebut.

Selain model Skyline GT-R BNR34, pengunjung turut boleh mendapatkan beberapa model diecast eksklusif lain yang hanya dijual di Art of Speed 2026 menerusi kolaborasi Kyosho x MOONEYES, Tarmac Works x RWB dan Mini GT x Liberty Walk, sekali gus menjadikan acara ini destinasi wajib buat peminat diecast di Malaysia.

Hot Wheels Collectors Convention Malaysia 2026 berlangsung di Dewan C, MAEPS Serdang sebagai sebahagian daripada Art of Speed Malaysia 2026 yang menghimpunkan peminat automotif, budaya kustom dan kolektor diecast dari dalam serta luar negara.

The post Skyline GT-R R34 Model Edisi Terhad Hot Wheels Sempena HWCCM 2026 appeared first on TW Media.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved