Skype Kelak Akan Menjadi Platform Panggilan Video Bebas Iklan

TechnologyDigital
31 Jul 2024 • 10:16 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Ada lagi ke pembaca Amanz yang masih aktif menggunakan Skype, iaitu perkhidmatan panggilan video dan pemesejan yang popular suatu masa dahulu sebelum orang ramai beralih ke WhatsApp dan Google Meet? Microsoft masih tidak melupakan kewujudan Skype kerana baru-baru ini ia telah dikemaskini untuk menjadi bebas iklan sepenuhnya.

image is not available

Bukan itu sahaja, kemas kini baharu ini turut membawakan ciri kecerdasan buatan generatif untuk menjana imej. Skype turut mengubah antaramuka platform mereka agar lebih mesra pengguna dan selesa digunakan, lagi-lagi untuk ciri AI baharu ini. Kemudian seperti Skype untuk Android, Skype untuk iOS kini menyokong OneAuth untuk log masuk tanpa kata laluan.

Buat masa ini, kemas kini baharu hanya terhad kepada Skype Insider dan belum lagi ditawarkan pada versi biasa. Jika anda masih lagi setia dengan Skype, aplikasi baharu ini boleh dimuat turun melalui laman Microsoft Community.