Skyworld terima anugerah emas di FIABCI

Business & Finance
10 Jun 2023 • 5:47 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lee Chee Seng.

image is not available
Foto bersama pemenang World Prix d'Excellence Awards anjuran FIABCI.

PEMAJU bandar SkyWorld Development Berhad menerima Anugerah Emas Dunia sempena majlis Anugerah Prix d'Excellence FIABCI 2023 yang berlangsung di Miami, Amerika Syarikat menerusi projek SkyAwani 2 Residences.

Majlis anjuran Persekutuan Hartanah Antarabangsa (FIABCI) itu telah membuktikan projek SkyAwani 2 Residences mempunyai kemampuan dan komitmen untuk menyediakan penyelesaian perumahan mampan serta berkualiti tinggi.

Ketua Pegawai Eksekutif SkyWorld Development Berhad, Lee Chee Seng berkata, projek tersebut menunjukkan dedikasi syarikat untuk mewujudkan komuniti yang mampan dan inklusif serta kediaman mampu milik kepada rakyat Malaysia di bawah program Residensi Wilayah.

“Projek tersebut telah siap pada 2020 dan telah dinobatkan skor QLASSIC dengan 79 peratus yang merupakan pengiktirafan tertinggi menerusi kategori Residensi Wilayah di Malaysia oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

“SkyWorld akan terus kekal di barisan hadapan dalam industri secara konsisten bagi membangunkan projek termaju khususnya di kawasan bandar.

“Ia menyemarakkan lagi semangat untuk mewujudkan komuniti mampan yang benar-benar meningkatkan pengalaman hidup sejajar dengan tujuan kami untuk menjadikan kehidupan lebih baik,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurut Chee, kecemerlangan yang dikecapi di peringkat antarabangsa menunjukkan pembangunan yang dihasilkan memenuhi aspirasi pembeli.

Jelasnya, anugerah yang diterima ini juga menunjukkan kecemerlangan syarikat di peringkat antarabangsa meletakkan mereka sebaris dengan pemaju hartanah terkemuka dari seluruh dunia.

“Pengiktirafan antarabangsa ini adalah bukti kekuatan produk kami dalam memenuhi aspirasi pemilik rumah, pembeli hartanah dan masyarakat masa kini,” katanya.