Slot ACL2 musim depan milik Selangor FC

Football
2 Dec 2023 • 11:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ayron (dua kiri) menjaringkan gol penting buat Selangor FC. - Foto Selangor FC

image is not available
Faisal Halim (kanan) tetap memberikan masalah kepada benteng KDA FC biarpun dikawal ketat oleh pasukan tuan rumah. - Foto Selangor FC

JARINGAN tunggal Ayron Rodriguez cukup untuk membantu Selangor FC menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC 0-1 pada aksi Liga Super 2023 di Stadium Darul Aman pada malam Sabtu.

Kemenangan itu mengesahkan slot Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) musim depan menjadi milik skuad Tan Cheng Hoe.

Gol yang diburu The Red Giant menjelma pada minit ke-64 hasil jaringan Ayron yang bijak memanfaatkan hantaran Brendan Gan.

Beraksi di hadapan lebih 20,000 penyokong sendiri, Sang Kenari cuba bangkit dengan melakukan asakan ke kubu Selangor FC, namun dinafikan oleh barisan pertahanan pelawat.

KDA FC melakukan asakan sehingga ke minit terakhir namun keputusan 1-0 kekal ke wisel penamat.

Tuan rumah mempunyai beberapa peluang keemasan untuk berada di hadapan terutamanya seawal minit ke-8, menerusi percubaan Ifedayo dan susulan oleh Manuel Ott namun berjaya diselamatkan oleh penjaga gol Selangor FC, Samuel Somerville.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved