SM Entertainment Dikecam Dek Ciplak Album Solo V BTS Untuk Keluaran Album Taemin SHINee

Music
24 Oct 2023 • 11:27 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Baru-baru ini, nama Tae-min SHINee dan V BTS telah heboh menjadi perbualan peminat di media sosial. Apa yang berlaku?

Peminat pasti mengetahui bahawa sebelum ini V telah melakukan debut solonya dengan album “Layover”, dengan konsep yang ‘segar’ dan unik dalam dunia K-Pop.

Selain konsep foto dan cara promosi, album ahli BTS itu juga turut mendapat perhatian dengan reka bentuknya yang menarik dan berbeza dari yang biasa dilihat.

Bagaimanapun, Tae-min SHINee yang bakal membuat kemunculan semula solonya tak lama lagi, dipercayai telah didakwa memplagiat reka bentuk dan konsep “Layover” untuk albumnya “Guilty”.

Menerusi reka bentuk album yang dikongsi di media sosial SHINee, ianya dipercayai mempunyai persamaan dengan album solo V malahan, juga terdapat tajuk lagu yang sama dengan salah satu lagu V iaitu “Blue”.

Dengan ini, ARMY mendesak agar SM Entertainment akan mengeluarkan permohonan maaf dan mengambil tindakan yang sewajarnya agar tidak menciplak hasil kreativiti artis lain.

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.