Realme 6 dan Realme 6 Pro adalah peranti kelas pertengahan utama Realme pada tahun. Poster acah telah pun diterbitkan baru-baru ini dan peranti ini dijangka akan dilancarkan pada bulan Mac. Realme 6 dikatakan akan dijana dengan cip MediaTek G90, tetapi bagaimana pula dengan Realme 6 Pro?

Terkini, spesifikasi penuh Realme 6 Pro telah pun tertiris dan ia memperlihatkan spesifikasi yang memuaskan. Ia dikatakan akan dijana cip pemprosesan Snapdragon 730G, memori 6GB RAM dan skrin berlubang dwi-kamera swafoto. Selain itu, peranti ini turut akan menyokong sistem pengecasan pantas VOOC 30W dan akan dijual pada harga yang mampu milik. Untuk kamera pula, kamera belakang akan menyertakan empat lensa 64MP + 8MP + 2MP + 2MP dan kamera swafoto adalah gabungan 20MP + 2MP.
Anggaran harga jualan pula adalah Rs. 14,999 , iaitu sekitar RM883. Apa-apa pun, mari sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Realme.
