Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak dibuka sehingga 4 Januari 2026 menerusi pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe65Yz1J5…/viewform.
Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Mengenai SMAN Perak
Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama.
Untuk kemasukan ke sekolah ini, setiap tahun lazimnya permohonan dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.
Bagi kemasukan ke Tingkatan 4, terdapat 2 aliran yang boleh menjadi pilihan pemohon iaitu:
- Kurikulum Bersepadu Dini/ KSSM/ Sains/Akaun/Perdagangan/STEM
- Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Tarikh Permohonan
Tarikh permohonan dibuka mulai 17 Disember 2025 hingga 04 Januari 2026.
Senarai Sekolah
Senarai sekolah yang dibuka permohonan mengikut aliran adalah seperti berikut:
i) Kurikulum Bersepadu Dini/ KSSM/ Sains/Akaun/Perdagangan/STEM
- Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
- Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
- Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah
ii) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang
- Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian
Pakej Kurikulum
Pakej kurikulum beserta mata pelajaran bagi setiap aliran boleh disemak menerusi file di bawah:
Pakej KurikulumDownloadCara Memohon
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe65Yz1J5…/viewform.
Soalan Lazim
Bilakah tarikh permohonan kemasukan ke Sekolah Menengah Agama Negeri Perak untuk tahun 2026 dibuka?Tarikh permohonan bagi kemasukan ke tingkatan 4 dibuka mulai 17 Disember 2025 hingga 04 Januari 2026.
Sebanyak 2 aliran ditawarkan iaitu:
– Kurikulum Bersepadu Dini/ KSSM/ Sains/Akaun/Perdagangan/STEM
– Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
a)Kurikulum Bersepadu Dini/ KSSM/ Sains/Akaun/Perdagangan/STEM
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh
Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh
Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah
b) Kurikulum Bersepadu Tahfiz (KBT)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Manjung
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Lenggong
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Batang Padang
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Daerah Kerian
Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/…/1FAIpQLSe65Yz1J5…/viewform.
Pertanyaan Lanjut
Pertanyaan lanjut mengenai permohonan ke SMAN Perak ini, sila hubungi 05 208 4938 / 4954 / 4950 / 4951 / 4949.
Baca juga: SMAN Kedah: Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2026


