SMAN Perak: Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Perak 2027

12 Nov 2026 • 12:04 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Permohonan kemasukan ke Tingkatan 4 Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak bagi tahun 2027 telah dibuka melalui pautan https://docs.google.com/forms/d/1in0RUnUpDVcMdJdSpOp0SUABEFgIAgQY9GqYXgjBrKg/viewform?edit_requested=true&fbzx=2831099988017737765.

Berikut adalah maklumat dan info mengenai kemasukan ke sekolah ini.

Image from: SMAN Perak: Permohonan Tingkatan 4 SMA Negeri Perak 2027

Mengenai SMAN Perak

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama.

Untuk kemasukan ke sekolah ini, setiap tahun lazimnya permohonan dibuka untuk kemasukan ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4.

Bagi kemasukan ke Tingkatan 4, aliran yang boleh menjadi pilihan pemohon iaitu:

  • Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
  • Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan dibuka sehingga 13 Disember 2026.

Senarai Sekolah

Senarai sekolah yang dibuka permohonan mengikut aliran adalah seperti berikut:

i) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)

  • Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
  • Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
  • Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah (L & P)

ii) Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)

  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (P)
  • Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (P)

Pakej Mata Pelajaran SMAN Perak 2027

Pakej mata pelajaran yang ditawarkan adalah seperti berikut:

PAKEJ MATAPELAJARAN SMAN SMTDRDownload

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/1in0RUnUpDVcMdJdSpOp0SUABEFgIAgQY9GqYXgjBrKg/viewform?edit_requested=true&fbzx=2831099988017737765 sehingga 13 Disember 2026.

Soalan Lazim

Apakah yang dimaksudkan dengan SMAN Perak?

Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN) Perak merupakan sekolah berasaskan agama di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) yang menawarkan pendidikan menengah agama.

Bilakah tarikh permohonan kemasukan Tingkatan 4 ke SMAN Perak untuk tahun 2027 dibuka?

Tarikh permohonan bagi kemasukan ke Tingkatan 4 dibuka sehingga 13 Disember 2026.

Berapa banyakkah aliran kurikulum bagi sekolah tersebut?

Sebanyak 2 aliran ditawarkan iaitu:
– Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
– Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)

Apakah senarai Sekolah Menengah Agama Negeri Perak yang boleh dipohon?

a) Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)-Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN)
Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh (L)
Sekolah Raja Perempuan Ta’ayah, Ipoh (P)
Sek. Men. Raja Dr. Nazrin Shah, Kg Gajah (L & P)

b) Sekolah Menengah Tahfiz Darul Ridzuan (SMTDR)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Manjung (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Lenggong (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Tambun (L)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Batang Padang (P)
Sek. Men. Tahfiz Darul Ridzuan Kerian (P)

Bagaimanakah saya boleh memohon kemasukan ke sekolah ini?

Permohonan boleh dibuat menerusi pautan https://docs.google.com/forms/d/1in0RUnUpDVcMdJdSpOp0SUABEFgIAgQY9GqYXgjBrKg/viewform?edit_requested=true&fbzx=2831099988017737765.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai permohonan ke SMAN Perak 2027 ini, sila hubungi 05-208 4938.

Baca juga: Permohonan Kemasukan Tingkatan 4 SMAN Johor 2027

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved