SMART berjaya bawa keluar 3 mangsa gempa

11 Feb 2023 • 10:00 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PETALING JAYA : Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) berjaya mengeluarkan tiga mangsa gempa bumi dari runtuhan bangunan tujuh tingkat di Nurdagi, Gaziantep, Turkiye.

Menerusi Facebook rasmi SMART memberitahu, operasi mengeluarkan mangsa terperangkap itu mengambil masa dua jam menggunakan peralatan khas.

“Pihak SMART berjaya menjumpai tiga mangsa iaitu satu wanita, satu lelaki dan satu kanak-kanak.

“Kesemua mangsa telah meninggal dunia. Salam takziah,” katanya pada hantaran tersebut semalam.

Kerja-kerja mencari serta menyelamat masih lagi dijalankan walaupun terdapat beberapa halangan seperti keadaan cuaca yang semakin memburuk.

MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA

image is not available

Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi

Tabung Kemanusiaan MAPIM

Akaun Maybank : 5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia