Smart Co-Parenting: Erra Fazira & Engku Emran Jadi Contoh Ibu Bapa Selepas Bercerai

EntertainmentFamily & Parenting
15 Aug 2025 • 11:25 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Kisah kerjasama bekas pasangan selebriti Erra Fazira dan Engku Emran dalam membesarkan anak mereka, Engku Aleesya, menjadi perhatian ramai selepas perkongsian di Threads oleh aktivis tular.

Erra dan Engku Emran bercerai secara baik ketika Aleesya berusia lima tahun. Hak penjagaan penuh diberikan kepada Engku Emran, manakala Erra pula menerima hak lawatan, bermalam, serta bersama anak ketika cuti sekolah dan hari perayaan. Walaupun sudah berpisah, kedua-duanya kekal membesarkan Aleesya dengan penuh kasih sayang.

image is not available

“Aleesya dikelilingi ‘circle’ yang menyokong perkembangan positif sedari kecil,” tulisnya, sambil memuji cara kedua-dua ibu bapa ini terus bekerjasama demi kebahagiaan anak.

Perkongsian itu turut menyebut bahawa Erra sentiasa profesional menerima baik setiap pasangan baharu Engku Emran. Katanya,

Dia tahu, pasangan itu pasti akan berada dalam kehidupan Aleesya, jadi membina hubungan baik adalah penting.

Rata-rata komen turut memuji sikap toleransi antara Erra dan bekas suami yang langsung tak pernah berkata buruk mengenai satu sama lain dan terus aktif dalam kehidupan anak mereka.

image is not available

Netizen menganggap hubungan harmoni mereka sebagai contoh smart co-parenting yang patut dicontohi oleh ibu bapa lain.

image is not available 2025-08-07 13:41:22

Erra Fazira Dan Mr. E Mengaku Ada 'Survey' Dewan Perkahwinan - "Ramai Nak 'Sponsor', Kami Terharu"