smart Tour Brand Roadshow Kini Berlangsung di Midvalley Southkey Mall, JB – Pandu Uji smart #1 & #3, Tawaran "BRABUS Fever"

LocalCars
20 Sep 2024 • 3:20 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Orang ramai kini berpeluang untuk menyaksikan kenderaan elektrik (EV) smart #1 dan smart #3 yang sarat dengan kecanggihan dengan lebih dekat lagi sempena smart Tour Brand Roadshow yang berlangsung di Midvalley Southkey Mall, Johor Bahru hingga 22 September ini!

Dekati smart #1 & smart #3

image is not availableimage is not available

image is not available

Peminat EV kini boleh melihat sendiri teknologi yang ditawarkan EV smart termasuk fungsi kenderaan kepada beban (V2L) dan aplikasi Hello smart yang memudahkan pencarian stesen pengecasan.

image is not availableimage is not available

image is not available

Selain itu, pengunjung juga boleh memandu uji untuk merasai sendiri kehebatan prestasi dan pengalaman pemanduan yang ditawarkan EV inovatif ini.

Tawaran Eksklusif

Sempena jelajah ini, smart turut menawarkan promosi eksklusif “BRABUS Fever” dengan penjimatan sehingga RM30,000 untuk varian tertinggi, smart #1 BRABUS.

image is not available

smart Tour Brand Roadshow ini berlangsung dari 19 hingga 22 September 2024 di Midvalley Southkey.

Pengunjung akan dibantu oleh penasihat jualan mewakili pengedar sah dari smart Johor Bahru (Motor Future), smart Johor 2 (AG Autoworld EV), smart Melaka (Sigma Energy EV), smart Ipoh (GB Auto), smart Damansara (Smart Mobility) dan smart Setia Alam (Wheelcorp EV).

Untuk maklumat lanjut atau berhubung dengan pengedar sah, layari https://my.smart.com/#/.