SMDX ingin buka lembaran baharu

LocalEntertainment
5 Jan 2025 • 12:21 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Kazalinah Kamaludin

2024 menjadi tahun paling diingati bagi kumpulan wanita Sabah, SMDX dan penyanyi Ryenald Guntabid.

SMDX yang dianggotai oleh trio Crystal Vanessa John, Deveygrayc dan Elle Thong, serta Ryenald, memulakan karier seni mereka pada 2024.

AdvertisementBagi SMDX, walaupun kemunculan pertama mereka dalam industri dibayangi kontroversi, semangat mereka untuk terus berkarya tetap kuat.

Deveygrayc berkata, mereka ingin membuka lembaran baharu dalam kerjaya seni pada 2025 dan menutup kemas kontroversi yang melanda.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Sebenarnya kami tidak mahu diingati dengan kontroversi. Namun, perkara ini sudah berlaku, dan kami menerimanya dengan hati terbuka.

“Bagaimanapun, kami percaya apa yang berlaku ada hikmahnya,” katanya kepada Hiburan Ekspres.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Untuk 2025, Deveygrayc, yang juga Ketua kumpulan SMDX, berkata mereka berharap diberi peluang memperbaiki diri serta mengembangkan muzik Kadazandusun Murut (KDM) dan bahasa Sabah.

Deveygrayc mendedahkan beberapa perancangan seni juga telah diatur oleh syarikat rakaman mereka, Xiokk Entertainment, termasuk penghasilan single baharu pada tahun ini.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Untuk 2025, kami berharap dapat mengembangkan lagi karya kami di Sabah dan juga di Semenanjung.

“Walaupun sukar kerana kami masing-masing ada kerjaya sendiri, harapan kami adalah supaya kami masih dapat meluangkan lebih masa bersama-sama untuk menambah ‘chemistry’ kami sebagai ‘girl group’.

“Buat masa ini, pihak label juga sedang menguruskan sebuah lagu baharu untuk SMDX bersama seorang komposer dari Semenanjung.

“Jika tiada aral melintang, lagu ini dijangka dikeluarkan pada awal 2025,” kata bekas Unduk Ngadau Likas itu.

SMDX membuat kemunculan pertama mereka menerusi lagu Original Sabahan yang diberikan susunan baharu.

Namun, penampilan mereka dalam muzik video Original Sabahan mendapat kritikan netizen, dan kontroversi bertambah panas apabila Elle dikatakan agak kasar ketika menjawab komen netizen, selain mendakwa dia tidak mengenali kumpulan Dolla.

Begitu pun, kontroversi mereda apabila Elle dan pengurusan SMDX membuat permohonan maaf.

Di sebalik pelbagai dugaan melanda mereka, Deveygrayc berharap mereka dapat memberi inspirasi kepada peminat dan juga mereka yang menyimpan impian untuk memasuki dunia seni.

“Kepada yang berminat ataupun yang baru saja memasuki industri ini, jangan berputus asa dengan apa jua anda lakukan sebab rezeki sentiasa terbuka untuk anda.

“Baik buruk, jatuh dan bangun balik semuanya kita akan lalui. Itulah cabaran yang perlu dihadapi seandainya kita ingin berjaya. Jangan takut dengan cabaran dan mencuba sesuatu yang baharu,” katanya.

Rey ingin terus berkarya

Berbeza pula dengan Ryenald apabila single sulungnya, Lumangad Oku Dika, mencipta fenomena.

Terus menjadi siulan ramai, Ryenald, atau mesra disapa Rey, mengakui terdetik rasa bimbang jika karyanya selepas ini tidak dapat mengulangi kejayaan yang sama.

“Bimbang itu pasti ada, kerana ramai yang komen menunggu lagu seterusnya. Jadi ini menjadikan proses penulisan lagu itu menjadi semakin sukar kerana sering mempertikaikan diri sendiri. ‘Saya harap lebih banyak lagi lagu yang saya dapat keluarkan di tahun-tahun ke depan buat penggemar muzik galau’ - Rey Guntabid

“Namun, ramai rakan industri dari Malaysia dan Indonesia sering mengingatkan saya bahawa tugas kami sebagai penyanyi dan penulis lagu adalah berkarya sebaik yang boleh dan serahkan yang selebihnya kepada rezeki.

“Moga-moga pendengar masih boleh menerima karya-karya saya yang akan datang tidak lama lagi,” katanya ketika dihubungi.

Kini kalendar 2025 sudah bermula. Ditanya tentang azamnya, Rey berkata dia berharap dapat terus berkarya.

“Saya harap lebih banyak lagi lagu yang saya dapat keluarkan di tahun-tahun ke depan buat penggemar muzik ‘galau’.

“Jika ada peluang dan rezeki, saya berharap dapat berkolaborasi dengan penyanyi dari Semenanjung dan Indonesia,” katanya.

Mengenai perkembangan seninya, dedahnya, beberapa lagu sudah pun ditulis dan sedang dalam proses rakaman.

“Kalau tiada halangan, saya dan pengurusan merancang untuk mengeluarkan dua atau tiga lagu untuk tahun 2025,” katanya yang turut berbakat dalam mencipta lagu.

Lumangad Oku Dika, yang bermaksud ‘Aku Merindukan Dia’, digubah dan ditulis oleh Reynald sendiri dengan inspirasi daripada penyanyi Indonesia seperti Mario G Klau.

Lagu ini dirakam di CabbyLand Studio, Jakarta bersama Irwan Simanjuntak, produser muzik tersohor yang pernah bekerjasama dengan artis ternama seperti Ayda Jebat, 3 Suara, Anuar Zain, serta penyanyi terkenal Indonesia seperti Rio Febrian dan Glenn Fredly.

Mengulas kejayaan lagu itu, Rey berkata dia bersyukur apabila single berkenaan memberikan semangat kepada penyanyi tempatan Sabah untuk melahirkan karya yang berkualiti.

“Saya teruja kerana penyanyi-penyanyi tempatan Sabah sudah mula mengetengahkan lagu dan gaya lagu mereka sendiri.

“Ada yang kata pencapaian Lumangad Oku Dika memberikan mereka semangat untuk tidak memandang rendah kehebatan lagu tempatan.

“Bagi saya, ramai lagi penulis hebat sebelum ini yang telah mengangkat naik bahasa Sabah dan KDM, saya cuma salah seorang daripadanya.

“Sejujurnya, saya berharap lebih ramai lagi orang boleh menikmati lagu-lagu dari Sabah,” katanya.

Rey juga memberikan galakan kepada mereka yang mencipta nama sebagai penyanyi agar terus melakukan yang terbaik.

“Peluang sentiasa ada di mana-mana. Tuhan sentiasa melihat kerja keras kita. Dan terus percaya. Jangan pandang rendah pada karya sendiri.

“Sentiasa belajar dan berkarya dengan minda terbuka. Terima segala kritikan dan perbaiki diri sendiri,” katanya.