SMK Kolombong, SK Pekan Keningau johan Citras 3.0

LocalFamily & Parenting
5 Sep 2025 • 3:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SMK Kolombong dan SK Pekan Keningau, masing-masing, dinobatkan sebagai johan kategori sekolah menengah dan sekolah rendah pada Pertandingan Citra Seni Sabah 3.0 (Citras) yang berlangsung di 1Borneo Hypermall, dekat Kota Kinabalu, baru-baru ini.

Kemenangan itu membolehkan kedua-dua sekolah terbabit membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000 dan sijil, masing-masing.

Sementara itu, SMK Narinang (Kota Belud) dan dan SMK Pekan Telipok (Tuaran) dinobatkan sebagai naib johan dan pemenang tempat ketiga, masing-masing, dan menerima RM4,000 dan RM3,000 beserta sijil.

SMK Bandaraya (Kota Kinabalu) dan SMK Bongawan (Papar) terpaksa berpuas hati dengan sagu hati. Setiap sekolah menerima RM500 dan sijil.

Kategori sekolah rendah pula menyaksikan SK Lasau Tintapon (Kota Belud) dan SK St Benedict Ranau mendapat tempat kedua dan ketiga masing-masing. Sagu hati diberikan kepada SK Pekan Ranau dan SK Kg Baru Keningau dan menerima RM500 serta sijil, masing-masing.

Lebih 400 pelajar membabitkan 10 sekolah menyertai pertandingan selama dua hari itu yang diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.

Mempertandingkan Tarian Etnik Kreatif Sabah bagi sekolah rendah dan menengah, program CITRAS 3.0 itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Christina Liew.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kebudayaan Sabah Dikin Musah dan Pengurus Besar Lembaga Kebudayaan Negeri Mackey Apison.

Terdahulu, Menteri itu berkata penganjuran program CITRAS 3.0 dilihat sebagai pelaburan jangka panjang dalam memartabatkan seni, budaya dan warisan etnik di negeri ini.

Beliau juga berkata penganjuran program kebudayaan bukan sahaja mengangkat bakat seni generasi muda, malah memperkukuh semangat patriotik, jati diri serta perpaduan masyarakat.