SMK Nabawan akan terima bangunan, kuarters baharu RM26.45 juta

4 May 2023 • 3:47 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

NABAWAN: Pembinaan bangunan bilik darjah dan kuarters guru baharu bagi SMK Nabawan bernilai RM26.45 juta akan bermula hujung tahun ini, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Beliau berkata, ini bagi menggantikan bangunan kuarters lama dan kira-kira RM4 juta daripada jumlah peruntukan adalah untuk pelaksanaan kerja-kerja awal.

“Skop projek termasuk pembinaan bangunan baharu dengan 12 bilik darjah serta kemudahan lain dan blok gantian kuarters guru (lapan unit) di sekolah itu.

“Pembinaan 12 bilik darjah ini akan memberi keselesaan lebih baik kepada pelajar Tingkatan Enam dan guru SMK Nabawan, di mana sebelum ini mereka menduduki bangunan sementara di SK Pekan Nabawan berikutan kekurangan bilik darjah,” katanya ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Tingkatan Enam Sesi 2021/2022 SMK Nabawan di sekolah itu.

SPONSORED CONTENT Gamuda: Town-making success Kota Kinabalu: Gamuda Land announced the grand launch of Curve25, a new doorstep convenient township within the prestigious Bukit Bantayan Residences to be officiated by State Minister of Industrial Development and Entrepreneurship Phoong Jin Tze. Read more Arthur yang juga Ahli Parlimen Pensiangan berkata, projek berdasarkan keperluan rakyat mencerminkan keprihatinan Kerajaan Perpaduan dalam memastikan pelajar luar bandar tidak ketinggalan dalam memiliki infrastruktur dan persekitaran pendidikan yang selesa, bagi membolehkan mereka mencapai pembangunan kendiri yang optimum.

Beliau berkata persekitaran pembelajaran memainkan peranan penting dalam menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, membolehkan pelajar lebih fokus kepada pembelajaran.

Dalam pada itu, sempena majlis konvokesyen itu, Arthur mengucapkan tahniah kepada bekas pelajar Tingkatan Enam atas pencapaian cemerlang mereka.

Beliau berharap graduan serta penduduk Pensiangan dapat menyertainya dalam mencambah idea dan pemikiran untuk sama-sama memajukan Pensiangan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.