Smoky Nagata, Max Orido dan Maaya Orido Santuni Peminat di Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025

LocalCars
9 Aug 2025 • 9:00 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur 2025 menjadi lebih meriah apabila tiga nama besar dunia permotoran Jepun Smoky Nagata, Max Orido dan Maaya Orido hadir bertemu peminat tempatan.

Smoky Nagata, pengasas Top Secret, terkenal dengan kepakaran membina jentera berprestasi tinggi serta aksi “top speed run” ikonik di lebuh raya UK, berkongsi kisah dan pengalaman sepanjang kariernya sebagai tuner legenda.

Max Orido, pelumba profesional yang pernah beraksi dalam Super GT dan arena drifting, mempamerkan personaliti mesra serta berkongsi pandangan tentang teknik pemanduan dan dunia perlumbaan.

Turut mencuri perhatian ialah Maaya Orido, anak kepada Max, yang mewakili generasi baharu pemandu wanita Jepun dengan gaya drift lincah dan keyakinan tinggi, membuktikan bahawa bakat dalam dunia motorsport mampu diwarisi dan terus berkembang.

Kehadiran mereka membuktikan Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur bukan sekadar pameran kereta, tetapi juga platform yang menghubungkan peminat dengan ikon dunia automotif.