Sijil Menengah Rendah Agama atau lebih mudah dipanggil SMRA, merupakan satu sijil yang diberikan kepada pelajar yang lulus peperiksaan tahap menengah rendah di Sekolah Agama Menengah (SAM) atau Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT). Semakan keputusan boleh dibuat mulai 22 Januari 2026 melalui pautan berikut : https://bit.ly/semakansmra2025
Sijil ini akan diduduki pelajar sewaktu mereka berada di Tingkatan 2, dan boleh digunakan bagi menyambung pelajaran mereka di SAM atau SAMT. Untuk mengetahui lebih lagi berkenaan subjek ini, pastikan anda teruskan pembacaan anda sehingga ke penghujung artikel ini.
Pengenalan
Sekolah Agama Menengah (SAM) atau Sekolah Agama Menengah Tinggi (SAMT) ialah sekolah agama negeri yang diuruskan oleh negeri sekolah tersebut. Sebagai contoh, jika sekolah tersebut berada di negeri Selangor ia akan diuruskan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Sekolah-sekolah ini dikenali sebagai kelompok Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua-dua jenis sekolah ini menawarkan dua sijil utama iaitu Sijil Menengah Agama (SMA) dan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA).
Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA)
Sijil Menengah Rendah Agama atau dikenali juga sebagai SMRA merupakan sijil yang ditawarkan oleh Sekolah Agama Menengah atau Sekolah Agama Menengah Tinggi kepada para pelajar mereka.
Pelajar Tingkatan 2 akan menghadapi ujian ini pada hujung tahun selalunya. Ia selalunya dijalankan sekali bersama peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA).
Untuk pengetahuan anda, sijil yang diambil di Tingkatan 2 ini boleh digunakan untuk melayakkan para pelajar untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat selanjutnya.
Subjek Ditawarkan Bagi Peperiksaan SMRA
Berikut merupakan subjek yang perlu diambil oleh pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Menengah Rendah Agama (SMRA) ini:

Bagi pelajar aliran Am, anda perlu mengambil 10 kertas sahaja dengan pengecualian ke atas kertas Tahfiz Al-Quran & Tajwid. Manakala bagi pelajar SAM/SAMT yang berada dalam alirah Tahfiz anda dikecualikan daripada menjawab empat kertas iaitu:
- Fiqh
- Tauhid
- Hadis
- Sirah
Selain itu, pelajar yang mengambil SRMA juga ditawarkan untuk mengambil subjek-subjek berikut:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Sejarah
- Matematik
- Sains
- Geografi
- Rekabentuk dan Teknologi
Semakan Keputusan SMRA (Sijil Menengah Rendah Agama)
Semakan keputusan SMRA boleh dibuat mulai 22 Januari 2026 (Khamis) jam 11.00 pagi melalui pautan berikut : https://bit.ly/semakansdea2025
Anda juga boleh imbas kod QR dalam poster di bawah untuk membuat semakan keputusan peperiksaan. Kod QR ini akan mula berfungsi pada 22 Januari 2026, jam 11.00 pagi.

Sumber: Bahagian Pendidikan Islam Jabatan Agama Islam Negeri Johor
