Snap Ingin Hadir Dengan Kaca Mata Yang Dikuasakan Ciri Grafik Janaan AI

TechnologyDigital
2 Feb 2023 • 12:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Snap, iaitu syarikat di sebalik Snapchat masih tidak mengalah dalam memperkenalkan produk fizikal mereka. Kaca mata Spectacles dan dron kamera Pixy adalah projek gagal, walaupun mempunyai konsep yang menarik.

Laporan TechCrunch baru-baru ini menyatakan Snap ingin teruskan menghasilkan kaca mata lain pula. Kali ini mereka ingin menyertakan ciri grafik janaan kecerdasan buatan seperti Midjourney, DALL-E 2 dan lain-lain. Teknologi ini sudah digunakan pada banyak platform dan Snap tidak ingin ketinggalan.

image is not available

Kaca mata Snap ini dikatakan boleh memberikan lebih transformasi kepada kandungan pengguna, termasuk dengan idea suntingan gambar atau mencipta Snap dengan input teks sahaja. Tetapi buat masa ini, ia hanya satu idea dan tiada garis masa bilakah produk ini akan menjadi realiti.

Walakin begitu, ciri grafik janaan kecerdasan buatan ini mungkin akan diperkenalkan pada Lens Studio untuk pembangunan penuras/lensa realiti terimbuh. Ciri ini akan memanfaatkan 300,000 pencipta yang telah menghasilkan lebih 3 juta lensa.

image is not available

Snap juga melaporkan yang mereka kini mempunyai lebih 2 juta pelanggan berbayar yang melanggan Snapchat+. Mungkin dengan ada ramai pelanggan berbayar, pelanggan ini mungkin sanggup mengeluarkan wang untuk produk fizikal mereka?

View Original Article