Snapchat Dikemaskini Dengan Lebih Banyak Pilihan Suntingan

TechnologyDigital
29 Mar 2024 • 1:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Snapchat mungkin tidak begitu popular seperti aplikasi media sosial lain seperti Instagram. Tetapi aplikasi ini masih mempunyai pengguna setia yang memilih untuk berkongsi perkembangan aktiviti harian melaluinya.

image is not available

Terbaharu beberapa kemaskini utama telah dibuat pada aplikasi bertujuan memberi lebih banyak kemudahan suntingan baharu buat pengguna. Kemaskini itu melibatkan keseluruhan fungsi yang ada seperti Snaps, Stories dan Spotlights.

image is not available

Melaluinya proses mencipta video klip pendek menarik mengenai kenangan terindah menjadi semakin mudah dengan fungsi baharu Templates. Proses penyesuaian boleh dilakukan dengan beberapa langkah ringkas dan boleh dikongsikan dengan orang lain. Turut disediakan ialah kemampuan berkongsi video berdurasi lebih panjang melalui Chats, Stories dan Spotlights.

image is not available

Ia boleh mencapai tiga minit apabila dirakam secara terus daripada kamera aplikasi Snapchat. Sementara itu boleh mencapai lima minit pula untuk kandungan yang dimuat-naik secara berasingan daripada aplikasi kamera di peranti pintar. Antaramuka aplikasi turut dikemaskini bagi menjadikannya lebih mudah diakses dan mesra pengguna.

image is not available

Selain itu Snapchat juga menambah lensa AI baharu yang membolehkan pengguna menukar latar belakang imej mengikut tema yang berbeza termasuk perayaan tertentu. Ia akan ditambah baik dengan lebih banyak pilihan tema pada masa akan datang bagi menjadikannya lebih menarik. Tidak ketinggalan, aplikasi turut dikemaskini dengan sokongan gerak isyarat baharu bertujuan untuk menjadikan proses menghantar dan suntingan kandungan lebih mudah.

image is not available

Dengan kemaskini baharu juga Snapchat menyediakan beberapa kelebihan buat pengguna berbayar. Ianya termasuk fungsi Bitmojify yang membolehkan pengguna mencipta avatar unik untuk haiwan peliharaan masing-masing melalui Snap Maps.

image is not available

Kemudian pengguna turut boleh menggabungkan avatar dengan rakan karib melalui ciri Bitmoji in Friendship Profiles, yang mana turut boleh dikongsikan di seluruh aplikasi. Kesemua ini ciri baharu ini telah diumumkan oleh Snapchat melalui siaran rasmi.