Snapchat Kini Mempunyai Lebih 400 Juta Pengguna Aktif Harian

TechnologyDigital
25 Oct 2023 • 1:42 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Snap hari ini mengumumkan penyata kewangan terkini, sekaligus berkongsi sejumlah data menarik melibatkan syarikat mereka. Salah satu yang disentuh adalah berkaitan angka pengguna aktif pada platform sosial Snapchat.

Menurut pihak Snap, kini Snapchat mempunyai lebih 406 juta pengguna aktif harian – sekaligus memperlihatkan peningkatan positif sebanyak 12% berbanding tahun 2022 lepas.

image is not available

Ini sekaligus turut memperlihatkan ramai yang aktif menggunakan platform sosial berkenaan, walaupun mungkin sedikit kurang popular di rantau Asia Tenggara.

Snapchat juga turut mempunyai penawaran langganan berbayar, Snapchat+ yang menawarkan beberapa ciri eksklusif lebih awal kepada pengguna. Perkhidmatan Snapchat+ ini sendiri mempunyai sekitar 5 juta pelanggan aktif setakat ini.

Bagi anda sendiri, adakah anda aktif menggunakan Snapchat?

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved