Snapdragon 7+ Gen 2: Ini 5 naik taraf yang dibawakan Qualcomm pada SoC kelas pertengahan premium mereka

Digital
20 Mar 2023 • 9:54 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Snapdragon baru-baru ini telah lancarkan SoC baharu dalam kelas pertengahan. Snapdragon 7+ Gen 2 adalah sekuel kepada Snapdragon 7+ Gen 1. Mereka melangkau nama Snapdragon 7 Gen 2 mungkin untuk diselarikan dengan Snapdragon 8+ Gen 2 sedia ada.

image is not available

Merentasi generasi, untuk iterasi kali ini, naik taraf saujana boleh anda perhatikan. Antaranya adala pada segi senibina, penggunaan teras berkuasa tinggi, GPU yang jauh lebih baik, dan sokongan DSDA.

Berikut adalah 5 naik taraf yang dibawakan kepada Snapdragon 7+ Gen 2 berbanding generasi sebelumnya.

1. Penggunaan seni bina TSMC 4nm

Snapdragon 7+ Gen 2 kali ini dihasilkan oleh TSMC menggunakan tenkologi 4nm mereka. Sebagai perbandingan, Snapdragon 7+ Gen 1 mengguna pakai perkhidmatan Samsung 4nm untuk dihasilkan.

image is not available

Walaupun berada dalam kategori 4nm, namun prestasi yang boleh anda jangkakan adalah berbeza. Qualcomm mengatakan teknologi TSMC lebih baik berbanding Samsung. Misalnya, Snapdragon 8+ Gen 1 dan Snapdragon 8 Gen 1 juga masing-masing menggunakan TSMC 4nm dan Samsung 4nm.

Tapi, bila dilihat pada prestasi, pengeluarnya melaporkan yang prestasi CPU dan GPU Snapdragon 8+ Gen 1 lebih baik 10% berbanding sebelumnya. Malahan, cip yang lebih baharu ini 30% lebih cekap tenaga.

2. Pertama kalinya cip kelas pertengahan gunakan teras siri X

Walaupun masih mengekalkan konfigurasi teras 1+3+4 seperti sebelumnya, SoC kali ini mengguna pakai teras Cortex-X2 untuk kluster berkuasa tingginya. Teras ini, sebelumnya hanya ditemukan pada siri Snapdragon 8 sahaja.

image is not available

Clockspeed kluster berkuasa tinggi juga 21% lebih tinggi. Jadi, jangkakan kelajuan pemproses teras tunggal yang nyata lebih baik merentasi generasi.

Baki 7 teras yang memperkasa cip ini kekal pada penggunaan Cortex-A710 dan Cortex-A510 dengan clockspeed dipertingkat sebanyak 2%.

3. GPU Adreno 2 kali lebih tinggi prestasi

Walaupun tidak memberitahu GPU apakah yang memperkasa Snapdragon 7+ Gen 2, Qualcommm memberitahu yang ia 2x lebih baik berbanding generasi sebelumnya.

image is not available

Ia sesuatu yang nyata ditambah baik. Sebagai perbandingan, Sewaktu Snapdragon 7 Gen 1 dilancarkan, naik taraf GPU yang dibawakan cuma 20% sahaja berbanding sebelumnya.

4. ISP 18-bit menggantikan 14-bit

Pemproses Isyarat Imej (ISP) adalah bahagian yang akan melakukan segala tugasa berat mengimpretasi isyarat digital daripada sensor kamera untuk dijadikan gambar. Snapdragon 7+ Gen 2 menggunaka pakai ISP 18-bit yang diambil daripada Snapdragon 8.

image is not available

Nyata lebih berkuasa, ia kini menyokong sehingga tiga dedahan HDR serentak. Hasilnya, prestasi kamera dalam keadaan gelap akan ditambah baik dengna signifikan. Selain itu, kemampuan merakam video juga ditambah baik kepada 4K@60 berbanding 4K@30 sebelum ini.

image is not available

image is not available

5. Sokongan Dual SIM Dual Active (DSDA)

Untuk pertama kalinya pada Snapdragon 7, SoC kali ini menyokong ciri DSDA yang bermakna, sebanyak dua SIM 5G boleh aktif secara serentak untuk berikan capaian Internet pada satu-satu masa.

image is not available

Selain daripada itu, antara ciri-ciri ketersambungan lain yang anda boleh nikmati adalah seperti Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.3.

Sumber: Qualcomm