Snapdragon 7 Gen 4 Kini Rasmi Dengan Peningkatan Pada Prestasi Dan AI

TechnologyDigital
16 May 2025 • 3:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Qualcomm melancarkan Snapdragon 7 Gen 4 khusus untuk peranti pertengahan. Cip ini diberikan peningkatan prestasi sehingga 27% serta kecekapan AI 65% lebih baik berbanding pendahulunya. Ia turut dilengkapi CPU lapan teras yang terdiri daripada 1 x Cortex-A720 (2.8GHz), 3 x Cortex-A720 (2.4GHz) dan 4x Cortex-A520 (1.84GHz).

image is not available

Snapdragon 7 Gen 4 menggunakan GPU Adreno baharu yang menawarkan 30% prestasi grafik lebih pantas. Ia mempunyai teknologi Qualcomm AI Engine bagi memastikan paparan yang lebih lancar terutamanya dalam pengalaman permainan. Selain itu, ia teknologi grafik terkini seperti OpenGL ES 3.2, Vulkan 1.3 dan format main balik HDR termasuk HDR10+, HDR10 dan HLG.

image is not available

Snapdragon 7 Gen 4 menampilkan peningkatan dalam AI dengan sokongan pembantu Gen AI, serta keupayaan menjalankan model bahasa besar secara langsung pada peranti. Ia juga merupakan yang pertama dalam siri Snapdragon 7 yang menyokong Stable Diffusion bagi penjanaan imej di samping terdapat juga Sensing Hub khusus bagi kerja yang sentiasa aktif.

image is not available

Snapdragon 7 Gen 4 menyokong kamera dengan resolusi sehingga 200MP serta rakaman video 4K HDR 30FPS. Ia turut dilengkapi teknologi pengurangan hingar berbilang bingkai, serta penstabilan imej elektronik berasaskan perkakasan. Sambungan juga lebih baik menerusi Wi-Fi 7 dengan kelajuan sehingga 5.8 Gbps dan bluetooth 6.0.