Snapdragon 8 Elite Gen 5 Menyokong Codec APV – Pesaing Kepada Apple ProRes Untuk Android

TechnologyDigital
25 Sep 2025 • 8:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Advanced Professional Video (APV) ialah codec untuk video yang dibangunkan oleh Samsung sebagai pesaing kepada Apple ProRes. Ia adalah codec sumber terbuka bagi membolehkan rakaman video profesional kualiti nirhilang sehingga 8K dengan HDR10+ serta sokongan log dilakukan pada peranti Android.

image is not available

Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang dilancarkan awal pagi tadi ialah cip pertama yang menyokong APV. Kelebihan lain APV ialah saiz video yang dirakam adalah sehingga 10% lebih kecil berbanding ProRes tanpa kehilangan kualiti. Dengan sokongan APV terus pada 8 Elite Gen 5, ia mengesahkan peranti Samsung seterusnya akan menggunakan cip mercu ini.

image is not available

Beberapa minggu lalu kedengaran ura-ura siri Galaxy S26 akan menjadi peranti pertama yang boleh merakam video AVP. Ia sudahpun disokong Android 16 dan membuka ruang akan turut akan boleh dilakukan peranti Android lain di masa hadapan. Selain itu APV juga disokong YouTube, Blackmagicdesign, Adobe, Dolby, Arcvideo dan Company3.