Snapdragon 8 Gen 2 Dioptimasi Untuk Sensor 200MP Samsung Dan 1-Inci Sony

TechnologyDigital
16 Nov 2022 • 8:56 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini melihat Samsung melancarkan sensor kamera ISOCELL HP3 200MP yang terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah peranti mudah alih. Dengan sensor ini akan digunakan pada siri Galaxy S23, Qualcomm mengesahkan kedua-dua syarikat telah bekerjasama untuk memastikan sensor ini akan berfungsi dengan Snapdragon 8 Gen 2.

image is not available

Menerusi kerjasama ini, gambar yang lebih tajam, terang dan jelas dapat diambil menggunakan ISP Spectra pada Snapdragon 8 Gen 2. Ini adalah perlu kerana saiz sensor yang besar semata-mata tidak mencukupi untuk menghasilkan imej yang berkualiti tinggi.

image is not available

Selain Samsung, Qualcomm turut bekerjasama dengan Sony untuk menyokong sensor IMX 989 QDOL4 1-inci dan IMX 800 QDOL4 1/1.5″. Pada sensor Sony pula, sokongan sistem HDR Quad Exposure Sony turut akan diberikan. Quad Exposure menggabungkan empat imej pada dedahan berbeza untuk menghasilkan dengan julat dinamik yang tinggi pada waktu yang sama mengurangkan hingar berbanding sistem HDR yang hanya menggunakan dua gambar dengan dedahan berbeza.

Menerusi kerjasama dengan dua pengeluar sensor kamera peranti mudah alih terbesar dunia, Qualcomm akan cuba mengekalkan dominasi mereka dalam senarai DXOMark dari sudut prestasi kamera.

image is not available

View Original Article