Snapdragon 8 Gen 3 Dilaporkan Menggunakan Konfigurasi 1+5+2 Teras

TechnologyDigital
28 Apr 2023 • 6:17 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun ini Snapdragon 8 Gen 2 hadir dengan konfigurasi 1+4+3 teras yang berbeza dengan konfigurasi biasa 1+3+4 teras pada Snapdragon 8+ Gen 1. Terdapat banyak harapan Snapdragon 8 Gen 3 akan dapat menawarkan peningkatan prestasi yang lebih ketara apabila diumumkan pada penghujung tahun ini.

image is not available

Menurut peniris maklumat Digital Chat Station, Snapdragon 8 Gen 3 akan menggunakan konfigurasi 1+5+2 teras. Satu teras Cortex-X4, lima teras prestasi dan dua lagi teras penjimatan kuasa. Menerusi konfigurasi ini, cip akan mempunyai kuasa yang lebih tinggi untuk tugasan berat. Ini dipadankan dengan GPU baharu Adreno 750.

Tahun ini dapat dilihat Snapdragon 8 Gen 2 yang bukan sahaja lebih berkuasa tetapi menawarkan penjimatan penggunaan kuasa dan menyelesaikan isu haba selepas sesi permua yang panjang. Bagi pengguna peranti mercu Android, penambahbaikan ini pastinya dinantikan.