Snapdragon Sound Elite Gen 2 Dilancarkan Untuk Cermin Mata dan Fon Telinga Pintar Berkamera

TechnologyDigital
24 Sep 2026 • 6:44 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam dua cip mercu untuk telefon pintar Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 dan Snapdragon 8 Elite Gen 6 dilancarkan. Hari ini tumpuan Snapdragon Summit dipindahkan pula kepada segmen yang semakin popular iaitu peranti boleh-pakai pintar.

Ini termasuklah cermin mata pintar berkamera, fon telinga pintar berkamera pintar, dan pin pintar yang menurut Qualcomm memerlukan kuasa pemprosesan lebih tinggi dalam masa terdekat.

Image from: Snapdragon Sound Elite Gen 2 Dilancarkan Untuk Cermin Mata dan Fon Telinga Pintar Berkamera

Snapdragon Sound Elite Gen 2 ialah jawapan kepada permintaan ini dengan ia adalah kesinambungan kepada Snapdragon S7 Gen 1 yang dilancarkan lebih dua tahun lalu. Cip ini adalah 30% lebih kecil berbanding penawaran terdahulu serta dilengkapi eNPU untuk memproses tugasan kecerdasan buatan (AI) terus pada peranti.

Image from: Snapdragon Sound Elite Gen 2 Dilancarkan Untuk Cermin Mata dan Fon Telinga Pintar Berkamera

Snapdragon Sound Elite Gen 2 menggunakan 40% kuasa lebih rendah dengan kuasa pemprosesan 128 GOPS bersamaan dua kali ganda lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya. Sungguhpun begitu ia masih menyokong pelbagai ciri premium seperti Qualcomm aptX Lossless, XPAN, dan ANC yang diperlukan pada fon kepala serta telinga premium.

Image from: Snapdragon Sound Elite Gen 2 Dilancarkan Untuk Cermin Mata dan Fon Telinga Pintar Berkamera

Menerusi Snapdragon Sound Elite Gen 2, Qulacomm memulakan langkah awal menawarkan cip yang diperlukan oleh peranti boleh-pakai yang tidak terhad kepada tumpuan kualiti audio semata-mata. Di acara pelancaran pagi ini, Qualcomm mengatakan mereka telah memulakan kerjasama dengan HP dan Bose untuk menghasilkan produk pintar yang menggunakan Snapdragon Sound Elite Gen 2.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved