Snipping Tool Windows 11 Akan Menyokong Rakaman Skrin Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
27 Jan 2023 • 4:54 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rakaman skrin pada Windows 11 sukar untuk digunakan kerana ciri ini tidak disertakan secara lalai. Kecuali jika pengguna aktif bermain permainan video, ciri Xbox terbina boleh melakukannya. Pilihan lain adalah dengan menggunakan aplikasi pihak ketiga.

Terkini, pengguna Windows 11 Insider sudah boleh menguji Snipping Tool serba baharu yang mana menyokong fungsi rakaman skrin. Kaedah penggunaan yang sama untuk tangkapan layar, di mana pengguna hanya perlu buka Snipping Tool dan pilih sama ada ingin lakukan pilihan baharu, pilihan mod bentuk sama ada bentuk bebas, mengikut tetingkap atau skrin penuh serta menetapkan pemasa.

image is not available

Ciri ini telah diacah sejak Disember tahun lalu dan hanya baru-baru ini diedarkan kepada pengguna yang menjalankan Windows 11 Insider Preview Build 11.2212.24.0. Tetapi masih tidak pasti bila ia akan diperkenalkan kepada pengguna stabil.