Snipping Tools Baharu Windows 11 Menguji Ciri Mengesan Kod QR Dan Tambah Emoji 3D

TechnologyDigital
10 May 2024 • 2:57 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Amat jarang saya melakukan imbasan kod QR dengan peranti Windows. Biasanya saya imbas kod yang terpapar pada skrin laptop menggunakan telefon pintar. Untuk memudahkan lagi pengguna, Microsoft kini menguji Snipping Tool yang membolehkan ia mengesan kod QR dalam setiap tangkapan layar yang dilakukan.

image is not available

Dalam setiap tangkapan layar pada kandungan yang ada kod QR, Snipping Tool boleh kesan dan terus mengeluarkan pautan URL untuk pengguna terus tekan. Bukan itu sahaja, pengguna turut kini boleh menambah emoji 3D oleh Microsoft untuk menceriakan lagi hasil tangkapan layar. Pada bahagian bar alatan bentuk, pengguna turut kini boleh mengubah kelegapan dan mengisi warna.

Perubahan ini terhad untuk pengguna Windows 11 Insider saluran Canary dan Dev yang menggunakan Snipping Tool versi 11.2404.37.0.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved