"So Budak Nakal Or Skema?" - Caprice Dedah Perbualan Antara PU Azman Dan Mangsa

13 Oct 2022 • 11:25 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Antara kes yang menggemparkan negara semalam, penceramah bebas PU Azman dihadapkan ke mahkamah di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal pada Februari dan Julai lalu.

PU Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap ketika itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

Macam biasa, apabila ada isu panas netizen mesti meminta penyanyi rap Caprice untuk ulas. Namun, kali ini apa yang dikongsi Caprice memang mengejutkan. Beliau mendedahkan bukti perbualan didakwa melibatkan PU Azman dan seorang remaja lelaki.

Melalui chat yang dihantar remaja itu kepada Caprice, dia mendakwa penceramah tu pernah mengajaknya video call tetapi dia menolak kerana rasa tidak selesa

Caprice juga menyeru sesiapa yang pernah ada pengalaman sama menghubunginya supaya dia dapat mengumpulkan bukti lain.