
Seperti kebanyakan orang bujang yang lain, Shila Amzah juga tidak terlepas daripada menerima soalan ‘panas’ mengenai jodoh.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Shila berkongsi mengenai neneknya yang memintanya membawa kekasih pulang untuk dikenalkan kepada ahli keluarga.
Kata Shila, dia tak sangka sekali lagi melalui fasa pertanyaan sebegitu selepas bercerai Februari lalu. Nak jawab apa ni?

Di ruangan komen, para peminat berkongsi pengalaman serupa apabila sudah lali diajukan soalan sebegitu.

Biasalah tu orang tua kan, mereka tanya sebagai tanda ambil berat. Apa-apa pun didoakan semoga penyanyi lagu Patah Seribu ini dapat jumpa jodoh yang diimpikan. Amin.
Kredit: Instagram Shila Amzah
The post Soalan Panas Raya, Nenek Dah Tanya Bila Shila Amzah Nak Kenalkan Kekasih Baru appeared first on Oh! Media.

