Socar, Trevo tawar diskaun kereta sewa kepada pengundi sempena PRN
zulfadli
09/08/2023 - 11:40
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Platform penyewaan kereta, Socar dan pasaran kereta sewa komuniti, Trevo menawarkan promosi eksklusif untuk pelanggan yang pulang mengundi sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos ini.
Orang ramai yang ingin menikmati tawaran itu boleh menggunakan kod JOMUNDI untuk diskaun 40% untuk tempahan minimum 2 hari atau AUGUST2H untuk penyewaan kereta 2 jam percuma, terpakai untuk tempahan minimum 6 jam.
Tawaran ini sah antara 2 hingga 15 Ogos 2023 dengan tempoh pemanduan antara 7 hingga 15 Ogos.
Manakala, Trevo turut menawarkan diskaun sebanyak 25% dengan kod VOTEPRN25, yang dihadkan pada RM80 untuk perbelanjaan minimum RM200.
Selain itu, ia menawarkan diskaun RM120 untuk perbelanjaan minimum RM400, dengan kod VOTEPRN120 dari sekarang hingga 17 Ogos, dengan tempoh pemanduan sah sehingga 21 Ogos.
Sementara itu, Socar dan Trevo berkata, sesetengah rakyat Malaysia merasakan ia mungkin satu cabaran kerana tidak semua mempunyai akses yang mudah ke pusat mengundi.
"Bagi mereka yang memilih pengangkutan awam untuk pulang ke tanah air selepas mengundi, kami faham bahawa ia mungkin tidak selalu berjalan lancar.



"Dengan perkhidmatan sewa kereta dan perkongsian kereta, bantuan ini tersedia untuk memastikan setiap pengundi Malaysia yang layak dapat mengundi tanpa halangan," katanya dalam kenyataan media di sini.
Selain promosi tersebut, pihaknya turut menawarkan perkhidmatan pemandu peribadi melalui 'Buddy Driver' di aplikasi Trevo. - DagangNews.com


