
Kreativiti pencipta kandungan tempatan, Sofyank, sekali lagi mencuri perhatian apabila menghasilkan sebuah filem pendek berkonsepkan pengembaraan fantasi bertajuk ‘Gardenji’ dengan penggunaan teknologi kesan visual (VFX) yang mengagumkan.
Menurut Sofyank, filem pendek itu melalui proses penghasilan yang mencabar dengan mengambil masa kira-kira 21 jam untuk penggambaran, sebelum mengambil tempoh sebulan untuk proses penyuntingan sehingga siap sepenuhnya.
Karya berkonsep fantasi itu menampilkan gabungan elemen pengembaraan, visual sinematik serta efek khas yang dihasilkan menerusi kemahiran penyuntingan video dan teknologi VFX.
Namun, Sofyank turut berkongsi satu cabaran teknikal yang berlaku ketika sesi penggambaran, khususnya berkaitan penggunaan prop bagi menghasilkan kesan angin dalam babak tertentu.
“Sejujurnya ini kesilapan saya sewaktu shooting. Sepatutnya saya sediakan prop kipas manual yang tidak menggunakan elektrik untuk dapatkan ‘feel’ angin,” katanya.
Beliau menjelaskan, penggunaan kipas elektrik menyebabkan bunyi enjin dirakam dalam footage, sedangkan audio asal daripada set perlu digunakan dalam hasil akhir video.
Sofyank bagaimanapun menganggap perkara itu sebagai pengalaman untuk penambahbaikan pada karya akan datang.
“Insya-Allah untuk next karya, kami akan cuba improve bahagian yang boleh diimprove. Terima kasih,” katanya.
Hasil karya berkenaan mendapat reaksi positif daripada pengguna media sosial yang kagum dengan kualiti visual dan kreativiti yang dipersembahkan.

Pelakon Uyaina Arshad turut memuji hasil tersebut dengan menyifatkannya sebagai gambaran masa depan yang cerah buat industri filem tempatan.
“Kalau ini masa depan filem tanah air, we have a very bright future. Happy-nya tengok! Next level!” katanya.
Selain itu, seorang netizen turut menghargai sokongan pihak korporat yang memberi ruang kepada bakat tempatan untuk menghasilkan karya kreatif.
Menurut netizen tersebut, usaha Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd memilih dan melabur dalam bakat tempatan membantu mengekalkan perkembangan industri kreatif negara.
The post Sofyank dan team cipta dunia ‘Gardenji’, karya tempatan dipuji sebagai ‘next level’ appeared first on The Reporter.
