Sofyank Sakit Hati Orang Tuduh Isteri Nak Kahwin Hanya Sebab Dah Terkenal

14 Jun 2022 • 5:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
sofyank kahwin

Rasanya masih sempat lagi Ohmedia nak ucapkan selamat pengantin baru buat Sofyank atau Mohd Sofian Abdullah dan isteri, Nabilah Ramli. Sama cantik sama padan, majlis pernikahan mereka telahpun berlangsung pada Sabtu pagi lepas dan rata-rata gembira mendegar berita ini.

Sofyank sakit hati orang tuduh isteri bukan-bukan..

image is not available

Tapi itulah, mesti ada jer orang yang akan sakit hati dengan kebahagian orang lain. Dalam satu perkongsian di Instagram Story, Sofyank menunjukkan satu komen dari seorang individu yang mendakwa isterinya hanya ingin berkahwin hanya kerana dia sudah terkenal.

Kalau tak femes mesti perempuan tu taknak pun dia. – Tulis individu terbabit.

Sofyank sudah tentu akan rasa sakit hati kerana tuduhan individu ini melampau seakan hidup satu rumah dengan Sofyank pula.

Tak boleh terima orang cakap buruk tentang isteri..

image is not available

Sekali lagi Sofyank terpaksa menjelaskan bahawa dia dan isteri sudah berkenalan sejak 7 tahun lalu ketika dia tidak mempunyai apa-apa. Buat video masa tu pun belum ada orang tengok dan mengakui hanya menjalinkan hubungan secara senyap.

Kalau awak berkata buruk pasal saya okay lagi tapi awak berfikiran buruk tentang isteri saya, sangat menyakitkan hati saya. Tapi Alhamdulillah isteri saya tak terasa dengan komen ini sebab dia masih boleh berfikiran positif.

Dia diantara orang yang sentiasa support saya dari dulu sampai sekarang. Saya berharap sangat kalau ada yang berfikiran macam tu, cukuplah dalam hati sahaja. Tak perlu komen di media sosial. – Kata Sofyank.

Kalau tidak ada perkara baik untuk kita ucapkan, baik diam sahaja. Jangan buat dosa kering! semoga hubungan yang dibina antara Sofyank dan isteri berkekalan dan bahagian hingga akhir hayat.

image is not available

Kredit: Instagram

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

View Original Article