
PAPAR: Bahagian Pantai Manis Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyatakan sokongan penuh terhadap apa jua keputusan pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkaitan kerjasama politik dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17).
Ketuanya, Datuk Seri Abdul Rahim Ismail berkata, pihaknya percaya sebarang bentuk kerjasama perlulah mengutamakan aspirasi rakyat tempatan, sejajar dengan slogan parti ‘Rumah Kita, Kita Jaga’ yang berpegang kepada prinsip bahawa hanya rakyat Sabah yang benar-benar memahami keperluan dan kepentingan negeri ini.
“Gagasan Rakyat Pantai Manis menyokong penuh pendirian Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS, bahawa Kerajaan Negeri seharusnya diterajui oleh parti tempatan.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Saya percaya hasrat ini bukanlah sesuatu yang keterlaluan, malah saya tidak melihat ia sebagai satu ancaman atau sesuatu yang melemahkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

